Berita baik untuk peminat pelantun lagu “Havana”, Camila Cabello yang merupakan bekas ahli kumpulan Fifth Harmony itu bakal mengeluarkan rangkaian kosmetik mampu milik bersama L’Oreal Paris!
Baru sahaja setahun dilantik menjadi jurucakap bagi jenama itu, akhirnya L’Oreal menawarkan kerjasama untuk menghasilkan beberapa item kosmetik menarik khas buat semua anak gadis dan wanita yang menggemari jenama mekap farmasi itu.
Berharga RM40 hingga RM60 setiap satu, ini adalah termasuk dua jenis bronzer cecair dipanggil Havana Sun-Lit, tiga pilihan warna pensil kening Havana Gotta Give Brow, celak dengan mata pen marker Havana Flash Liner, empat pilihan warna pengilat bibir Havana Lip Dew serta pembayang mata Havana.
Kesemuanya diinspirasikan oleh gaya solekan perang dan natural ala si gadis Latina seperti Camila, pemakai pasti kelihatan seolah memiliki kulit yang sihat berkilat.
Apabila ditanya tentang perasaannya, Camila berkata ini adalah salah satu impiannya bahkan dia sendiri juga menggunakan rangkaian mekap itu setiap hari. Pengguna tak perlu risau kerana setiap rona yang hadir dalam koleksi mekap ini adalah bersesuaian dengan semua jenis tona kulit. “Saya dapat rasakan yang peminat saya pasti jatuh cinta dengannya nanti”, tambah Camila.
Menurut laporan yang diterbitkan Revelist.com, koleksi Havana oleh Camila Cabello untuk L’Oreal Paris akan berada di pasaran antarabangsa sekitar Ogos 2018!