Info Menarik

Beauty With Brain, 7 Selebriti Punya “Otak” Yang Genius

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Beauty With Brain, 7 Selebriti Punya “Otak” Yang Genius

“Beauty with Brain”.

Ungkapan beauty with brain sering kali dikaitkan dengan wanita-wanita berkecimpung dalam arena peragaan, ratu cantik bahkan dunia hiburan. Wanita seperti ini bukan sahaja miliki kecantikan dan kejelitaan bahkan kebijaksanaan yang membuatkan kita kagum bila membaca profil mereka. Ada yang miliki IQ atas 140, bertutur dalam pelbagai bahasa, bergelar doktor di usia muda serta pelbagai lagi.

Lihat beauty with brain yang bukan setakat miliki kelulusan universiti malah otak genius yang cukup mengagumkan.

Kim Tae Hee

Kim Tae Hee, isteri kepada Rain ini bukan sekadar punya rupa paras cantik tetapi berotak.

Foto – Pinterest

Bukti, berjaya miliki ijazah sarjana dari Seoul National University dan mempunyai IQ atas 140.

Natalie Portman

Muka cantik, berlakon hebat, otak genius – Perfection!

Foto – Hollywood Reporter

Merupakan pemegang ijazah sarjana dari Harvard University. Boleh bertutur dalam enam bahasa asing dan kajian jurnal berjaya diterbit sebanyak dua kali.

Emma Watson

Bukan dalam filem sahaja, dia bijak pandai di luar dia bukan sembarangan orangnya.

Foto – Hello Magazine

Aktres cantik merupakan pemegang ijazah sarjana Kesusasteraan English dari Brown University. Pada 2014, Emma dilantik manjadi duta United Nation WomenGoodwill dan bekerjasama dalam kempen HeForShe, mengetengahkan isu hak sama rata antara jantina.

EXID Hani

Seorang lagi K-Pop Idol yang mengagumkan penulis.

Foto – IDN Times

Dilaporkan, Hani miliki skor IQ sebanyak 145 hasil pembelajaran sendiri selama dua bulan sahaja. Dia juga memperoleh skor 900 daripada 990 untuk peperiksaan Bahasa Inggeris.

Soo Wincci

Kalau di Malaysia, ini yang paling layak diangkat sebagai beauty with brain.

Foto – Mingguan Wanita

Soo Wincci berkelulusan undang-undang dari Universiti Reading (UK), pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan juga seorang pelajar doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.

Kate Beckinsale

Sejak di usia kanak-kanak lagi, Kate telah menunjukkan keistimewaannya.

Foto – Hello Magazine

Menurut laporan sekolah tahap bacaannya setaraf kanak-kanak 11 tahun padahal dia baru 6 tahun ketika itu. Menuntut ilmu kesusasteraan Rusia dan Perancis di Oxford University New College dan masih fasih bertutur dalam bahasa tersebut dan Jerman juga.

Manushi Chhillar

Merupakan Miss World 2017 dari India dan bakal debut sebagai bintang Bollywood.

Foto – Pinterest

Dilahirkan dalam keluarga doktor, gadis muda ini juga memilih profession yang sama mengikuti ijazah perubatan dari Bhagat Phool Singh Medical College.

Wow setiap seorang punya latar belakang akademik hebat belaka. Salute lah!

Komen Anda