Sebelum ini Wanista pernah berkongsi tentang penemuan cara diet dengan meminum kopi dibancuh bersama mentega. Baca: Resepi Rahsia: Kopi Campur Mentega Bagus Untuk Diet Kurus. Ia bukan sahaja pilihan untuk berdiet malah beri rasa baru dan berlemak bagi penggemar kopi.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk menikmati air kopi anda selain mencampurkan dengan gula, susu atau ais. Anda tak mahu berhabis di kafe kopi? Jadi apa kata cuba beberapa cara yang Wanista perkenalkan ini dan cipta tunas rasa baharu anda. Setiap daripadanya juga punya kebaikan tersendiri!
#1 Serbuk kayu manis
Aroma kayu manis memang mengasyikkan. Apatah lagi kalau digabungkan bersama aroma segar kopi. Biasa anda makan roti manis yang disalut serbuk kulit kayu manis kan? Cuba pula maniskan kopi anda dengan kayu manis, ia dipercayai dapat meningkatan sistem imunisasi badan dan memperbaiki masalah tekanan darah rendah.
#2 Garam
Kopi anda terlalu pahit? Pakar kopi kata cara paling terbaik untuk mengurangkan rasa pahit dengan mencampurkan sedikit garam. Namun ada juga yang berpendapat cara ini tidak mengubah rasa apa-apa pada kopi. Hmmm..yeke, apakata anda cuba dahulu.
#3 Telur mentah
Kalau di Vietnam ia minuman tradisional dimana masak kopi bersama telur, begitu juga di Sweden yang dipercayai sebagai kopi ‘pembekal tenaga’. Adunkan serbuk kopi bersama satu biji telur mentah, kemudian sediakan air kopi seperti biasa. Pastikan anda tapis kopi sebelum dihidangkan. Rasa kopi dikatakan lebih kaya, berlemak dan kurang rasa pahit atau berasid.
Baca: Apa Beza Kopi Cappucino Dengan Latte? Ketahui Perbezaan Setiap Minuman Kopi
#4 Perahan lemon atau limau
Biasa minum teh dihidangkan bersama perahan lemon, tak sangka pula dengan kopi juga boleh. Sama seperti dengan garam, perahan jus ini boleh mengurangkan rasa pahit tapi membangkitkan lagi rasa manis kopi. Cumanya rasa asid agak kuat jadi pastikan anda rasa dahulu jika kopi anda telah dikacau sekali dengan gula atau susu.
#5 Coca-cola
Biar betul?! Kalau di Australia dan Jepun mereka telah mengeluarkan edisi terhad Coca-cola versi kopi tanpa gula. Cara ini menaikkan lagi rasa manis pada kopi anda. Kalau anda ingin cuba dengan Coca-cola pastikan campurkan kopi tanpa gula.
Selamat mencuba!