Siapa sangka supermodel terkemuka bernama Hailey Baldwin kini bergelar tunangan kepada bintang pop Justin Bieber! Sebuah sumber dari kalangan kenalan terdekat memberitahu beberpaa media utama bahawa dua merpati sejoli ini sudah disahkan bertunang hujung minggu lalu.
Mengejutkan ramai orang, Justin Bieber, 24, bertindak melamar teman wanitanya Hailey Baldwin, 21, selepas tidak lama berpisah dengan Selena Gomez -setelah masing-masing membuat keputusan untuk mencari arah hidup secara berasingan.
Menurut laporan CNN, pasangan itu (Justin dan Hailey) pernah berpacaran sekitar 2016 sebelum putus… namun dilihat telah menjalin hubungan mesra kembali sejak beberapa minggu lalu.
Melihat kepada foto-foto yang dimuat naik sebuah akaun peminat Hailey Baldwin, dia dan Justin memang ada meluangkan masa bercuti bersama di kepulauan Bahamas sejak hujung minggu lalu.
Menguatkan lagi perkhabaran pertunangan mereka adalah apabila bapa Justin Bieber iaitu Jeremy Bieber seolah-olah memberi petunjuk kepada para peminat Justin menerusi posting ini di Instagramnya beberapa jam lalu.
Tidak ketinggalan, ibu kepada penyanyi pop itu, Pattie Mallete, turut berkesempatan menulis tweet berbunyi, “Love Love Love Love Love Love Love”, sekitar pagi semalam.
Love Love Love Love Love Love Love.
— Pattie Mallette (@pattiemallette) July 7, 2018
Bapa kepada Hailey iaitu aktor Stephen Baldwin juga ada berkongsi kegembiraan dia bersama isteri terhadap pertunangan anaknya itu menerusi sebuah tweet sebelum dipadamkan, mungkin kerana takut menjadi spekulasi di antara netizen.
https://twitter.com/TheJBCrewdotcom/status/1016052058846359558?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1016052058846359558&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnn.com%2F2018%2F07%2F08%2Fentertainment%2Fjustin-bieber-hailey-baldwin-engaged%2Findex.html
Sebelum ini, Ariana Grande membuat kejutan apabila tampil mengumumkan bahawa dia dan teman lelakinya, Pete Davidson sudah pun bertunang. Hendak dijadikan cerita, rupanya Ariana dan Justin Bieber ni berkongsi pengurus yang sama iaitu, Scooter Braun.
Apa-apa pun tahniah Wanista ucapkan. ❤