Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana.
Pasangan hebat Filipino Marian Rivera dan Dingdong Dantes langsung tidak mengenali satu sama lain sehingga mereka dipertemukan dalam drama Marimar pada tahun 2007. Siapa sangka cinta lokasi terjebak sehingga ke luar dan sekarang dikurniakan seorang cahaya mata.
Tular di media sosial, apabila info pengenalan mereka berdua dalam buku tahunan ketika zaman belajar dikatakan sama.
Ketika Marian menerima ijazah sarjana Psikologi dari De La Salle University Dasmariñas tahun 2005, pengenalan dirinya dalam buku tahunan berbunyi: “A face that could launch a thousand ships–that’s what most people [have] to say…”
Percaya atau tidak, itulah juga bagaimana Dingdong digambarkan dalam buku tahunan sekolah menengah tahun 1998: “When you’ve got the face that has launched a thousand [ships], it’s rather difficult to be a humble person.”
Siapa sangkakan sama sahaja description mereka.
Ternyata berita itu mendapat reaksi gembira peminat DongYang dan menyimpulkan bahawa pelakon hebat ini memang ditakdirkan satu sama lain.