Fesyen siapa pula yang Wanista ingin intai kali ini?
Seorang lagi fesyenista sejati, pengacara Marion Counter menjadi pilihan untuk dijadikan inspirasi kala bergaya.
Tidak lekang dengan beg tangan berjenama mewah di tangan, wardrobe Marion boleh dianggap dambaan setiap wanita. Persalinan summer dress dari label Dolce & Gabbana yang mencuri tumpuan, menyarung tumit tinggi dari Louis Vuitton dalam gaya harian, signature earring untuk penampilan berseri, yang pasti wanita manis berlesung pipit ini layak diangkat wanita paling stailo di Kuala Lumpur.
Penulis antara follower Marion, boleh dikatakan 5 item fesyen paling kerap digayakan. Yang pasti setiap satu, mahal!
Summer Dress
Bila diperhati, isteri kepada SM Nasaruddin acapkali memakai summer dress dari pelbagai rekaan yang pendek atau labuh, warna dan juga jenama.
Sebagai contoh, Marion memilih floral dress dari Dolce & Gabbana kebetulan sepadan dengan baby girl kesayangannya. Cute bukan?
Statement Earring
Walaupun sekadar bergaya ringkas, Marion pasti akan melengkapkan gaya seharian dengan earring yang memberi statement ke dalam penampilannya.
Pilihan Marion tentu sekali anting-anting bulat bersaiz besar yang boleh dipadankan dengan pelbagai outfit.
Dandanan Rambut
Walaupun sekarang Marion berambut pendek, itu tidak bermakna dia tidak mendandan mengikut outfit. Sebagai contoh, Marion tampil gaya Hollywood Classic bila menghadiri majlis rumah terbuka.
Ataupun sekadar clean cut sebegini. Cukup manis unuk majlis korporat.
Beg Tangan Berjenama
Untunglah kahwin dengan jutawan. Cakap sahaja jenama, semua mampu miliki. Marion tak terkecuali miliki koleksi beg tangan dari pelbagai jenama mewah – Louis Vuitton, Chanel, Dior, Fendi, Celine, Gucci, semua ada.
Yang penulis perasan, Marion menggemari beg tangan bersaiz kecil dan berbentuk kotak.
Crop Top
Marion kerap memadankan crop top bersama skirt atau flare pant. Crop top tidak terikat kepada yang kosong bahkan bercorak juga.
Marion bijak dalam menyuai padankan gaya. Salute penulis tengok!
Senang cerita kalau berduit, apa sahaja boleh dimiliki. Kannn….