Memang terdapat pelbagai jenis beg tangan dalam dunia ini. Setiap musim fesyen pasti ada sahaja rekaan-rekaan baru keluar mendamba hati pengumpul koleksi beg tangan. Namun penggunaannya tetap sama iaitu untuk menyimpan barang peribadi untuk dibawa bersama.
Apa yang penulis perhatikan sekarang, beg tangan jenis bucket mula memonopoli pasaran dimana beberapa jenama fesyen tempatan mula mengeluarkan rekaan sebegini.
Bucket bag adalah beg seperti uncang dalam pelbagai saiz. Ia sesuai digandingkan ketika pergi ke acara kasual atau ke pejabat. Walaupun bentuk bucket bag tidak berubah banyak, namun hasil kreativiti dari para pereka bijak bermain dengan fabrik, warna, corak dan aksesori tambahan.
Wanista senaraikan beberapa jenama tempatan yang mengeluarkan koleksi bucket bag pada 2018. Harga setiap beg bermula hanya RM100 bersama kualiti dan rekaan yang cantik-cantik belaka!
Love, Bonito (www.lovebonito.com.my)
Boliena Ring Handle Bucket Bag, RM129
Beatrika Cage Shoulder Bucket Bag, RM149
Christy Ng (www.christyng.com)
Tilla Bucket Bag, RM168
Scarlet Baby Pink Bucket Bag, RM199
sometime by Asian Designers (www.sometime.asia)
Fiko-Fiko Mini, RM168
Niko-Niko 2.1, RM178
Charles & Keith (www.charleskeith.com/my/)
Panel Detail Drawstring Bag, RM239
Elongated Handle Structured Bag, RM259
dUck (www.fashionvalet.com/bags)
dUck Bucket Bag, RM500
Antara kesemua diatas yang mana anda paling berkenan? Kongsikan dengan Wanista!