Tips - Fesyen

Tiru Vanessa Hudgens, Miranda Kerr! Kelebihan Aksesori ‘Halus’ Buat Korang Nampak Stailo

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tiru Vanessa Hudgens, Miranda Kerr! Kelebihan Aksesori ‘Halus’ Buat Korang Nampak Stailo

Lagi halus, halus cantik! Aksesori dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.

Jika kamu sukakan gaya yang ringkas pastinya kamu tidak suka menggayakan pilihan aksesori sarat dengan hiasan batu permata mahupun perincian berlebihan. Cukup sekadar seutas gelang tangan halus dan cincin bentuk geometri… itulah yang cuba diketangahkan jenama barang kemas keluaran dua orang anak jati Malaysia iaitu Foo Chia Chern dan Amira Yahaya.

Antara koleksi terkini The Straits Finery yang mengambil ikon wanita, Rosie The Riveter sebagai inspirasi. Foto -The Straits Finery

Berkembang dengan nama The Straits Finery, kedua sahabat baik ini sememangnya dilahirkan untuk mencipta pembaharuan dalam kalangan wanita. Melihatkan ramai individu moden hari yang memilih untuk bergaya secara minimal, ia sekaligus menarik perhatian The Straits Finery untuk tawar aksesori berkualiti -direka mengikut cita rasa artistik yang tidak lagi tertumpu kepada butiran permata mahupun elemen sarat seperti aksesori tradisional.

Meghan Markle pun gemar menggayakan aksesori halus yang dipakai secara berlapis.

Selebriti ternama seperti Gigi Hadid, Vanessa Hudgens dan Miranda Kerr, mereka sering dilihat keluar sambil dihiasi aksesori halus yang lebih dikenali sebagai “Dainty Accessories”. Meskipun ringkas, setiap satu utas rantai, gelang dan cincin yang dipakai itu memberi karakter mewah lebih-lebih lagi apabila ia disarungkan secara berlapis menggunakan teknik “layering”.

#1 Mudah Disuai Padan

Aksesori halus begini kalau dipakai berulang kali pun orang tidak akan perasan kerana kamu boleh suai padankan ia dengan bermacam jenis aksesori lain menggunakan teknik “layering”.

Vanessa Hudgens menggayakan aneka aksesori halus secara berlapis sewaktu di Coachella (kiri) dan koleksi cincin terkini dari The Straits Finery.

#2 Cantik Untuk Ke Acara Formal Mahupun Kasual

Kerana reka bentuknya yang halus dan genit, ia kelihatan sangat versatil dan boleh digayakan hampir ke semua acara tau! Jadi memang berbaloi beli dan simpan sebagai koleksi.

Anting-anting emas 14 karat dari koleksi terbaharu The Straits Finery serta foto Gigi Hadid yang dilihat menggayakan anting-anting seumpamanya untuk ke acara formal.

#3 Boleh Dipakai Harian

Boleh dipakai hari-hari kerana gayanya yang minimalis. Buat kamu nampak manis without trying to hard.

Miranda Kerr memakai kalung halus dan foto rantai daripada koleksi terkini dari The Straits Finery (kanan).

Koleksi ilham Rosie The Riveter oleh The Straits Finery akan dipasarkan secara berperingkat bermula 30 Julai ini dan boleh dibeli menerusi atas talian [www.thestraitsfinery.com] dan kafe Snackfood yang berlokasi di Bangsar.