Fesyen

#OOTD Nenek Usia 87 Di Instagram Ni Buat Korang Rasa Tergugat Habis!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
#OOTD Nenek Usia 87 Di Instagram Ni Buat Korang Rasa Tergugat Habis!

Norma masyarakat kita meletakkan had bahawa warga emas terutamanya yang berusia 60 tahun ke atas itu sudah perlu membiasakan diri dengan sikap dan perilaku yang boleh dikawal dan tidak ‘buang tabiat’. Namun lain pula dengan seorang wanita tua berusia 87 tahun berasal dari daerah Tennessee, Amerika Syarikat.

IKLAN

Masih ligat menari, bergelak ketawa serta memiliki cita rasa fesyen yang boleh dikatakan ranggi persis anak remaja, susuk dikenali sebagai Baddie Winkle atau nama sebenarnya, Helen Van Winkle kini adalah antara sensasi internet paling popular dalam kalangan anak muda.

Cucu Jadi Dalang Utama

? HAPPY HALLOWEEN ? @yandy

A post shared by ?BADDiE? (@baddiewinkle) on

Menurut Baddie suatu hari cucu tunggal perempuannya, Kennedy Lewis, 22, telah merakam fotonya yang memakai baju-T bercorak tie dye serta sepasang seluar denim lusuh berpotongan pendek. Tanpa disangka, setelah dimuat naik ke akaun Instagram, foto itu seraya mendapat perhatian warga Instagram lalu menjadi viral.

FUCK BEING AGE APPROPRIATE ✨ @missguided @galore

A post shared by ?BADDiE? (@baddiewinkle) on

IKLAN

Ramai pengikut memberikan reaksi positif dan sejak dari itu, sudah menjadi rutin harian Kennedy selepas pulang dari sekolah, dia akan merakam foto Baddie yang berperwatakan seperti orang muda dengan seleksi helaian fesyen eksentrik dari hujung rambut hingga hujung kaki!

Sehingga kini, Baddie Winkle sudah pun mempunyai lebih 3.6 juta pengikut dari pelbagai peringkat masyarakat dari seluruh dunia dan rata-ratanya adalah anak muda yanng tertarik dengan sense of fashion ikon wanita ‘lanjut usia’ itu.

Selebriti Popular Antara Pengikut Baddie Winkle

Jangan terkejut, ramai selebriti popular Hollywood yang menjadi pengikut setia Baddie di Instagram! Ini termasuklah Miley Cyrus, Nicole Richie dan Gwen Stefani.

Sumber: Pinterest

Baddie “Buat Duit” Guna Instagram

my blush is called orgasm btw

A post shared by ?BADDiE? (@baddiewinkle) on

Menurut Thomas Rankin, Ketua Pegawai Eksekutif Dash Hudson, seorang individu berpengaruh di Instagram seperti Baddie boleh menjana $5,000 hingga $10,000 (RM20,000 hingga RM40,000) untuk satu post.

chillin killin always ? ? @marinafini

A post shared by ?BADDiE? (@baddiewinkle) on

Baddie boleh dikira selebriti internet kerana sebelum ini sudah pernah diundang ke acara berprestij seperti anugerah muzik MTV bahkan pernah menjadi duta inspirasi buat jenama kosmetik Urban Decay.

Janda Berhias

Al-kisahnya, Baddie ini seorang gadis cantik yang lahir di Kentucky sekitar 1928. Beliau sememangnya feminin, suka menari namun, kerana lahir dalam keluarga petani, Baddie dahulunya merupakan pekerja kilang yang banyak membetulkan mesin.

stealing your man in my @fashionnova ?

A post shared by ?BADDiE? (@baddiewinkle) on

Baddie telah kematian suami 19 tahun lalu dan sejak itu beliau banyak menghabiskan masa tinggal dengan anak dan cucu-cucunya.

??? @hayleyelsaesser

A post shared by ?BADDiE? (@baddiewinkle) on

Apa-apa pun, Wanista memang suka dengan gaya dan keyakinan diri nenek vogue ni. Semoga terus sukses menjadi inspirasi kepada semua! ❤

RUJUKAN 1, 2