Bila sebut tentang tiram, bukan batu mutiara yang penulis terbayang tapi set makanan laut yang dihidangkan dalam filem Mr.Bean. Memang kembang tekak bila lihat tiram mentah terhidang sebegitu. Reaksi Mr.Bean sama seperti penulis ketika pertama kali telan tiram mentah. Euuww!
Hidangan tiram mentah biasanya di acara kasual, restoran mewah atau bar-bar kelab malam.
Makan tiram mentah sangat baik untuk kesihatan batin. Ia kaya dengan mineral (zinc) dimana membantu pengeluaran lebih banyak testosterone, iaitu suatu hormon meningkatkan nafsu dan fungsi seksual. Kajian juga mendapati zinc mampu menghasilkan sperma yang berkualiti dan potensi seksualiti lelaki.
Adab makan tiram?
Tiada cara yang tertentu ketika anda ingin menikmatinya. Gunakan garfu kecil untuk mengambil isi tiram dan suapkan kedalam mulut. Jika didalam filem barat, banyak sekali yang menunjukkan hanya telan isi tiram tanpa mengunyah. Itu cara yang silap kerana anda tidak akan dapat rasa penuh tiram. Cukup dengan mengunyah sekali atau dua sebelum telan.
Ciri tiram yang enak
Lain tiram, lain rasa yang diberi. Tiram yang asal dari laut kurang rasa mineral tapi rasa masin lebih pekat berbanding tiram asal sungai. Tidak kisah samada tiram yang bersaiz kecil atau besar tapi paling penting ialah kualiti rasa. Pilih isi tiram yang banyak air laut, warna isi legap dan penut pada cengkerang. Isi tiram yang tidak segar akan mengeluarkan bau busuk kuat.
Baca: Cara Betul Makan Sushi Yang Selama Ni Korang Tak Tahu
Boleh tambah perisa
Disekeliling platter tiram akan disusun bersama lemon, cuka atau sos pedas. Iya anda boleh perah lemon pada isi tiram tapi jangan berlebihan, sama juga dengan cuka dan sos pedas. Dan jangan pula campur kesemuanya!
Apa pun penulis masukkan sos tiram dalam sayur campur. Eh, ada kena mengena ke?