Wanista sebelum ini telah banyak keluarkan info dan artikel tentang penggunaan sheet mask. Buat anda yang sering mengikuti Wanista pasti pernah terbaca tentang kebaikan memakai sheet mask setiap hari. Baca: Pakai ‘Sheet Mask’ Setiap Hari, Beri Bahaya Atau Kebaikan?
Ya, kesimpulan dari artikel tersebut ialah memakai sheet mask setiap hari tidak memberi apa-apa kesan mudarat pada kulit jika anda memakai dengan aturan yang betul. Penulis sendiri penggemar sheet mask dan memakainya hampir setiap malam. Malah salah satu untuk mendapatkan hasil glass skin ialah dari penggunaan disiplin sheet mask.
Buat anda yang mahu menggunakan sheet mask setiap hari, mari Wanista jelaskan langkah paling tepat.
#1 Kenali masalah kulit anda, samada berminyak, kombinasi, kering atau kusam.
#2 Variasikan sheet mask bukan hanya fokus pada melembab. Anda juga boleh memilih untuk mencerahkan, menegangkan, membersih pori dan banyak lagi.
#3 Selesai mencuci muka, menyegar (toner) dan serum penulis melekap sheet mask sekurangnya selama 20 minit. Setelah itu biar seketika dan lakukan motion ‘dab dab’ pada kulit. Kemudian sapukan krim atau pelembab malam seperti biasa.
Tukar sheet mask anda mengikut kesesuaian masalah kulit. Sebagai contoh, penulis memakai sheet mask mengikut perubahan yang dialami pada kulit, mungkin ada hari ia memerlukan rawatan pemulihan akibat seharian memakai mekap, soothing atau brightening setelah seharian dibawah sinaran matahari.
Penulis tidak hanya stick pada sheet mask. Kebiasaan penulis akan berselang-seli hari sheet mask dengan mud masker yang baik untuk membersih pori secara mendalam. Anda tidak perlu pakai sheet mask pada hari menggunakan mud masker. Cukup kembali pada rutin biasa.
Jika penulis melakukan skrub wajah iaitu dalam dua kali seminggu, penulis akan pakai sheet mask dari jenis hidrasi bagi mengembalikan kelembapan kulit. Elakkan memakai sheet mask jenis brightening selepas skrub, khuatir ia akan beri iritasi berlebihan.
Maksud memakai sheet mask setiap hari bukanlah anda hanya melekap ia pada muka selama 20 minit kemudian done! Tidak sama sekali, ia bergantung kepada kondisi kulit anda ketika itu sebab itulah langkah pertama sekali kenali masalah aktiviti seharian yang memberi kesan pada kulit wajah.
Faham?