Ada yang lebih suka membiarkan rambut mengurai tanpa dandanan, ada pula suka disanggul supaya tampak ayu dan ada juga yang memilih mengikat ponytail kerana inginkan imej edgy dan sofistikated.
Ponytail datang dalam pelbagai bentuk yang berbeza – boleh jadi panjang, pendek, tinggi, separa, rendah, licin, serabai atau ke tepi. Jangan terjebak dalam satu gaya sahaja, cuba eksperimen bagi mendapatkan inspirasi baru agar penampilan lebih berseri dan segar.
Ala Brigitte Bardot
Untuk gaya sebegini, fringe di depan semestinya kena ada. Penulis perasan stail ini membuatkan anda nampak muda dan kebudakan.
Glam Pony
Sesuai ke pejabat, tampak lebih formal dan sofistikated. Pastikan pakai minyak rambut supaya rambut di ubun tidak ditiup angin dan serabai.
Ala Ariana Grande
Ponytail diikat tinggi, betul-betul di atas kepala. Make sure anda luruskan rambut terlebih dahulu kalau inginkan gaya persis Ariana Grande.
Bubble Pony
Nampak macam rumit tapi percayalah ia mudah saja. Untuk stail ini, ikat ponytail tinggi dan ambil 1/2 inci setiap bahagian dan ikatnya dengan getah elastik. Bubble di tengah itu, ditarik-tarik agar nampak kembung.
Si Berambut Pendek
Jika rambut anda separa bahu, cuba gaya ala Rooney Mara ini. Nampak clean dan classic je.
Side-Swept Pony
Agar nampak kesan dramatik, ponytail belahan tepi boleh juga diikatkan tocang.
Super Curly
Caranya sama sahaja seperti gaya Ariana Grande, cuma yang ini untuk si berambut kerinting. Ambil contoh bagaimana Rihanna mengikat ponytail.
I-Woke-Up-Like-This Pony
Bangun dari tidur, terus capai getah elastik dan ikat. Gaya ini tidak perlu ikat penuh, memadai dengan ikatan longgar dan dibiarkan serabai.
Tocang Penuh
Pony diikat tinggi dan bawahnya dibiarkan tocang, jadi tidaklah kelihatan messy dan merimaskan.
Triple Crown
Cantik untuk yang berambut panjang. Bahagikan kepada 3 dan ikat setiap satu bahagian. Mudahkan?
Dah tengok contohkan, korang suka yang mana?