Berselindung selama 9 bulan ketika mengandung dan kemudian menetapkan tidak lagi mahu berkongsi gambar anak sulungnya, itulah tindak-tanduk yang dilakukan oleh mogul kosmetik, Kylie Jenner.
Hampir lumpuh separuh dunia apabila Kylie mengumumkan kelahiran puteri sulung Stormi Webster hasil cinta dia bersama rapper Travis Scott. Baca: Sah! Kylie Jenner Selamat Melahirkan Anak Perempuan.
Didalam video penghargaan Kylie sempena perjalanan dia yang bakal menjadi seorang ibu. Terlihat Kylie mengalami perubahan bentuk badan walaupun sedikit. Sekembali aktif di Instagram, dia semakin galak menghidangkan pengikut dengan gambar-gambar seksi yakni bentuk badan idaman para wanita.
Ramai yang tertanya-tanya apa agaknya yang dibuat oleh Kylie dalam sekelip mata boleh kembali langsing bak kerengga. Wanista menerjah beberapa portal luar tentang rejim diet dan senaman yang mungkin diamalkan oleh Kylie.
Menyusukan anak
Bukan sahaja pada anak tapi pada diri anda juga. Kylie sama seperti ibu-ibu lain dengan memberi susu badan kepada anak mereka. Menyusu badan adalah cara paling cepat untuk mengurangkan berat badan, malah ia mampu mengecutkan rahim. Proses ini antara yang terbaik kerana dapat membakar kalori sehingga 200-500 sehari secara semulajadi.
Makanan pantang
Jangan ingat orang Melayu sahaja ada makan pantang selepas bersalin, Kylie juga mengamalkan makanan pantang yang bebas minyak dan goreng-goreng. Lebih ketat lagi, dia langsung tidak mengambil makanan berasaskan karbohidrat dan mengantikan dengan sayuran mentah malah hanya makan ikan, ayam organik. Rupanya Kylie ingin menebus semula kegagalan dia mengawal nafsu ketika hamil dengan melahap burger, donut, wafel dan banyak lagi makanan segera.
Bersenam
Sebenarnya semasa hamil pun Kylie bersenam dan sampailah bersalin. Apa yang mengejutkan kerana terlalu mahu menjaga bentuk badan, seminggu selepas bersalin Kylie kembali masuk gim. Dia banyak melakukan rutin seperti angkat berat, berlari, squat, push-up dan latihan kardio.
Pakai bengkung
Kylie dikecam teruk apabila post gambar dia memakai waist trainer iaitu korset moden sejurus 7 minggu selepas bersalin. Ramai yang menganggap Kylie terlalu obses mengejar kesempurnaan. Jika dalam proses berpantang cara tradisional masyarakat Melayu pula ibu bersalin perlu memakai bengkung sebagai langkah menjaga bentuk ramping pinggang dan mengecutkan rahim. Bagi Wanista tiada salahnya untuk mengamalkan bengkung asalkan mengikut ketetapan dan mendapatkan nasihat orang yang lebih berpengalaman. Baca: Baik Dan Buruk Pakai Bengkung, Sila Baca Artikel Ini Dulu…
Kalau anda rasa tidak mampu untuk mengikut semua tips diatas, amalan paling mudah dan juga menyihatkan dari Wanista ialah berpantanglah dengan teratur, disiplin serta amalkan senaman ringan baik untuk fizikal anda.