Kanak-kanak comel ini pernah viral kerana wajahnya persis BlackPink Jennie.
Ya, penulis sendiri mengakui kerana mereka berdua sudah seperti kembar.
Kini, khabarnya Ella Gross yang merupakan model kanak-kanak dilaporkan menandatangani kontrak dengan The Black Label, anak syarikat YG Entertainment yang diketuai oleh Produser Teddy.
Berita tentang dia menandatangani kontrak dengan label hiburan Korea trending selepas menyiarkan gambarnya bersama BlackPink Jennie di akaun Instagram dengan menulis @theblacklabel_official.
Latar Belakang
Miliki kacukan Korea-Amerika, di mana ibu merupakan Korea dan bapa adalah Amerika. Menjadi model untuk beberapa jenama pakaian seperti GAP, Levi’s serta banyak lagi.
Selain modelling, Ella juga tahu cara bermain gitar. Sesuai sangatlah kalau nak bergelar bintang Korea.
https://www.instagram.com/p/Bhnmcv7AkeU/?taken-by=ellagross
K-Pop Idol
Ramai percaya bahawa model 10 tahun ini akan debut dalam girl group YG Entertainment kerana dia menandatangi kontrak bersama The Black Label bukannya agensi permodelan YGKPlus.
Fan Base
Setakat ini, Instagram Ella (ellagross) sudah mempunyai lebih daripada 591,000 pengikut yang diuruskan oleh ibunya sendiri.
https://www.instagram.com/p/BkaBxgbgTZt/?taken-by=ellagross
Cantiknya adik.. Tak jemu pandang!