Giveaway

Menangi Pas Tayangan Perdana Filem ‘Billionaire Boys Club’

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Menangi Pas Tayangan Perdana Filem ‘Billionaire Boys Club’

Gemar melihat dua aksi aktor Ansel Elgort dalam ‘Baby Driver’ dan Taron Egerton dalam ‘Kingsman’? Kini anda boleh melihat mereka dalam satu filem yang sama berkisar dari kisah benar tentang kejayaan palsu pelaburan wang berbilion dolar.

Billionaire Boys Club adalah sebuah kelab yang ditubuhkan oleh Joe Hunt lakonan Ansel Elgort iaitu aktif sekitar tahun 1980 di selatan California. Tujuan kelab tersebut ialah kononnya sebagai satu pelaburan menggunakan skim Ponzi iaitu skim cepat kaya. Setelah ‘kantoi’ dalam beberapa siasatan polis dan akhbar tempatan, Joe Hunt dan rakan, Jim Pittman telah terlibat dalam satu pembunuhan kejam. Mungkin secara tidak sengaja dia dan Pittman telah membunuh Ron Levin iaitu ahli judi terhebat di California. 

Tonton trailer Billionaire Boys Club

Filem ini juga menampilkan pelakon muda lain seperti Emma Roberts dan model terkenal Suki Waterhouse. Jalan cerita yang penuh dengan penipuan dan aksi kejam pembunuhan bakal buat penonton tidak percaya ia adaptasi dari kisah sebenar. Billionaire Boys Club akan ditayangkan pada 19 Julai 2018 di seluruh pawagam di Malaysia. 

Wanista dengan ini ingin mengajak anda untuk menonton bersama pada hari tayangan perdana Billionaire Boys Club pada:

Tarikh : 16 Julai 2018

Masa : 8.45 malam

Lokasi : TGV, 1 Utama

Dapatkan pas percuma tayangan perdana Billionaire Boys Club dengan menjawab 3 soalan mudah dari sipnosis diatas:

  1. Skim apakah yang digunakan oleh Joe Hunt untuk menipu pelabur?
  2. Namakan model yang terlibat dalam filem ini?
  3. Tahun aktif Billionaire Boys Club?

Syarat pernyataan:

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel submit@wanista.com dengan tajuk Billionaire Boys Club’.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah dan Nombor Telefon Bimbit.

4. Peraduan ini hanya sah dari 05 Julai hingga 15 Julai 2018

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat.

6. Keputusan hakim adalah muktamad.

7. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem Billionaire Boys Club pada 16 Julai 2018 jam 8.00 hingga 8.45 malam di TGV, 1 Utama.

Foto – arkib Wanista.com

Sertai Wanista sekarang!

Komen Anda