“Kenapa tengok TV? Dah siap kerja sekolah?” Membesar di kalangan keluarga Asia, penulis yakin bahawa setiap dari kita acapkali mendengar frasa seperti ini atau lebih daripada itu. Tiada perkara yang lebih penting daripada mendapatkan gred yang baik bagi memasuki sekolah terbaik.
Cukuplah untuk simpulkan, tekanan yang dikenakan kepada anak-anak sangat besar. Ramai ibu bapa cenderung untuk mengamalkan gaya “helicopter parenting”, di mana mereka merancang segala-galanya yang dilakukan oleh anak-anak mereka dalam satu hari. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak yang masih kecil menangis jika tidak mendapat “A” dalam peperiksaan.
Tidak menghairankan semua tekanan ini membawa kepada budaya kesempurnaan dan ketakutan kegagalan, sempurna itu memang bagus tetapi jika ianya membawa kepada tekanan maka anda yang seksi. Terdapat banyak kes kanak-kanak yang telah menjadi tertekan dan bunuh diri kerana tekanan yang dihadapi mereka.
Jadi apa yang boleh kita lakukan?
Kita semua mahu anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah, tetapi bagaimana mereka boleh mencapai semua itu jika kita asyik memaksa mereka? Percayalah pada anak-anak anda. Berikan mereka ruang untuk meneroka dan menemui diri mereka. Sekiranya mereka berminat dengan seni persembahan, biarkan mereka menghadiri beberapa kelas dan menilainya sendiri. Jika mereka suka matematik, bantu mereka membina minat itu. Pada penghujung hari, ibu bapa harus menyediakan asas yang kukuh untuk anak-anak agar mereka berkembang dalam keadaan yang baik.
Walaupun dengan cara ini, ia tidak bermakna anda tidak boleh membimbing mereka. Mengancam mereka dengan tali pinggang dan rotan merupakan tindakan yang harus diberhentikan. Ini bukan sahaja menyebabkan anak anda takut kepada anda, tetapi juga akan membuat mereka kurang percaya kepada anda apabila mereka memerlukan bantuan atau membuat kesalahan. Malah, ia hanya menggalakkan anak anda untuk menjadi pembohong dan menyembunyikan kerisauan. Terdapat bukti saintifik bahawa memukul anak anda sebenarnya menyebabkan minda mereka berkembang lebih perlahan.
Cuba untuk mengambil pendekatan yang lebih rasional. Mereka masih lagi anak-anak dan masih belajar. Rasa hak dan salah mereka berbeza dari kita, banyak perkara yang mungkin menjadi perkara biasa kepada anda, merupakan perkara baru kepada mereka. Oleh itu, adalah penting untuk membiarkan mereka membuat kesilapan sendiri dan belajar dari situ.
Untuk petua dan tips lebih banyak, lawati Motherhood.com.my sekarang!