Sejak seminggu lalu, heboh diperkatakan tentang jumlah harta rampasan milik mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Apa yang paling menarik perhatian adalah sejenis beg tangan eksklusif yang dikatakan antara item paling mahal diperolehi dari rampasan berkenaan dan ia buatan asli jenama mewah, BIJAN.
Jenama Mahsyur Untuk VVIP
Asalnya adalah jenama fesyen yang fokus kepada penghasilan helaian untuk lelaki, BIJAN adalah jenama yang dibangunkan seorang pereka berjiwa besar kelahiran Tehran bernama Bijan Pakzad. BIJAN juga terkenal sebagai seorang pencipta minyak wangi yang tiada tandingannya.
Lihat Hiasan Dalaman Butik Bijan di Baverly Hills
Menurut sebuah laporan, BIJAN banyak guna material unik yang dijahit tangan termasuk kulit buaya, baldu, sutera, kashmir mewah, bulu tikus Chinchilla, kulit kanggaru dll.
Untuk pengetahuan semua, butik utama BIJAN di Baverly Hills ada menyediakan sebuah ruangan di tingkat atas menempatkan puluhan bingkai gambar mempamerkan para pelanggan tetap Bijan -golongan selebriti, tokoh negara, presiden seluruh dunia serta para jutawan.
#1 Setiap Rekaan Cuma Ada Satu Hingga Dua Unit
Terhad! Baik helaian kot, kemeja, beg, mahupun tali leher yang boleh dibeli serendah RM7,000 sehelai itu semuanya adalah eksklusif kerana setiap rekaannya hanya mempunyai satu hingga dua unit sahaja di dunia ini. Sesiapa yang memakai barangan BIJAN dianggap elit dan bertuah kerana hanya mereka seorang memilikinya.
#2 Terima Pelanggan Berdasarkan Temu Janji
Bukan calang-calang pelanggan yang diterima masuk ke butik BIJAN tau?! Menurut polisi butik, mereka hanya menerima pelanggan apabila temu janji dibuat. Tuntutan itu menjadikan BIJAN antara jenama fesyen terulung meski kurang dikenali masyarakat kelas pertengahan.
#3 Beg Tangan Dihiasi Intan Berlian & Kulit Binatang Eksotik
Sejak kematian Bijan Pakzad, anaknya Nicolas yang kini merupakan Pengarah di BIJAN menawarkan servis made-to-order untuk koleksi beg tangan yang rata-ratanya boleh dihasilkan mengikut permintaan dan cita rasa pembeli.
Tiada sebarang harga diletakkan di laman sesawang [www.bijan.com] malahan, pembeli berpotensi diminta mengisi borang bagi mendapatkan nilai beg tangan yang mahu ditempah.
#4 Kalau Tak Ada RM400,000 Jangan Mimpi Masuk Butik BIJAN
Item termurah yang boleh dibeli di BIJAN adalah berupa sepasang stokin berharga sekitar RM403. Bahkan, setiap pelanggan yang berkunjung ke butik mewah itu sekurang-kurangnya akan membelanjakan RM400,000 dalam satu-satu masa. Gila!
#5 Pilihan Warna Yang Pelbagai
Tak seperti jenama fesyen lain yang hanya menumpukan palet rona tertentu mengikut musim, BIJAN tawar pelbagai rona menonjol seperti kuning, ungu, biru, merah, hijau dll. Perkara ini menarik lebih ramai orang untuk mencintai jenamanya kerana tawaran pilihan merangkumi seleksi warna memukau.
“THAT’S MY JOB, TO SHOW PEOPLE WHY YOU PAID THAT MUCH” –Bijan Pakzad
Sedikit sebanyak, cerita beg tangan termahal milik Rosmah Mansur ini membuka mata kita untuk mengenali jenama fesyen elit seperti Bijan. Empayar fesyen itu kini diambil alih oleh anak lelakinya, Nicolas Bijan.