Pernah menggunakan ilham kreativitinya untuk menyinari persada fesyen antarabangsa, artis Benjamin Shine yang berasal dari Britain ini terkenal kerana kepakaran membuat potret menggunakan hamparan kain tulle.
Sudah mula menyinar sejak 2014, beliau hari ini dikenali sebagai antara artis paling kreatif dan popular selepas ciptaannya menjadi perhatian orang ramai yang cintakan karya unik.
Setiap satu potret yang dihasilkan khabarnya menggunakan lebih 10 hingga 50 meter helaian fabrik tulle yang kemudian dilipat dan digosok menggunakan seterika bagi menghasilkan rupa wajah seseorang. Hasilnya memang tampak realistik dan lebih cantik dariapda lukisan.
Pernah mengelilingi dunia untuk mengadakan pameran karyanya sekitar London, New York dan Paris.
Sebelum ini Benjamin pernah berkolaborasi dengan seorang pereka fesyen bernama John Galliano untuk menzahirkan rekaan dress yang ditemani perincian potret misteri yang dibikin menggunakan tulle hitam.
3 Fakta Menarik Tentang Benjamin Shine
1. Bolot beberapa anugerah tertinggi seperti Red Dot Design Award, The Enterprising Young Brit Award dan The Courvoisier Future 500 Art & Design Award.
2. Banyak bekerja untuk mencipta latar berilustrasi menarik untuk jenama fesyen terkemuka termasuk Fendi, Valentino dan Christian Laboutin.
3. Dahulunya pernah menjalani latihan industri sebagai pelajar fesyen di Givenchy.