Ada sesiapa follow DJ Katty Butterfly di laman Instagram?
Terliur tengok setiap video makannya, lebih-lebih lagi kalau dia menikmati hidangan mi yang dihirupnya bersama kuah dan aneka sayur-sayuran hijau cukup membuatkan kita kagum. Mungkin itulah sebabnya kulit muka wanita cantik ini putih pink dan glowing.
Agaknya siapa gerangan wanita cantik ini? Dan jangan tak tahu dia pernah terpalit dengan kontroversi transgender kerana dirinya dikatakan terlalu cantik bak patung Barbie.
Asal Thailand
DJ seksi ini berasal dari Thailand tetapi kini sudah menetap di Indonesia. Katanya, dia jatuh cinta dengan Indonesia kerana masyarakat yang baik hati dan peramah.
Isu Transgender
Sekitar Mac dan April tahun ini, banyak hembusan gosip DJ cantik ini yang dikatakan transgender. Bagi menjernihkan keadaan, melalui akaun Instagram, disc jockey ini mendedahkan bukti dia seorang wanita tulen apabila berkongsi keratan passport.
“Ini nggak bisa bohong,” kata DJ Katty.
Menjadi Seorang Disc Jockey
DJ Katty Butterfly merupakan seorang penari profesional sejak di bangku sekolah lagi dan memutuskan untuk menyertai Model Agency untuk memulakan karier sebagai model. Selepas banyak melancong ke luar negara sebagai penari dan model, DJ Katty mula bertemu dengan beberapa DJ profesional untuk mendalami ilmu DJ secara profesional.
Gila Makan Sayur
Video makannya tular di media sosial, sampaikan aktres tempatan Eira Syazira membuat parody video makan DJ Katty, highlight tentu sekali saat makan aneka sayuran yang tidak dipotong.
Bahkan DJ Katty menjelaskan rahsia kulit wajahnya bersih dan putih salju ini kerana dia cukup gila pada sayuran dan ulaman. Tak percaya, DJ Katty boleh makan kangkung sampai ke batang, serai, daun bawang, cili benggala yang besar serta pelbagai lagi.
Penulis cukup suka stalk video makan DJ Katty…