IKLAN
Makanan

Pakar Kata Anda Boleh Kurus Kalau Makan Kimchi

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Pakar Kata Anda Boleh Kurus Kalau Makan Kimchi

Kimchi (sayuran yang direndam) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur jeruk hasil pemerapan daripada bahan-bahan seperti garam, gula, udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

IKLAN

Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah kobis, sawi putih (napa cabbage) dan juga lobak. Di Korea, kimchi selalunya dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan untuk masakan seperti stew kimchi (kimchi jjigae), nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap) dan pelbagai masakan lain.

Foto – Korea Bizwire

Bukan itu sahaja, kimchi juga disebut sebagai salah dari lima ‘makanan tersihat’ di dunia menurut majalah Health Magazine, kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi.

Sama seperti bagaimana yogurt “menambah manfaat probiotik kepada tenusu”, kimchi juga ditapai dengan bakteria asid laktik probiotik. Menurut pakar diet Kathleen Levitt, bakteria ini menghasilkan mikroorganisma yang membantu kita mencerna makanan dengan lebih baik.

Foto – giphy.com

Semasa proses penapaian, kimchi mewujudkan bakteria yang sihat yang membantu melawan jangkitan. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cancer Prevention, saintis mendapati bahawa “ciri-ciri sistem imun menggabungkan ciri-ciri anti-radang pada kimchi – mengurangkan risiko kanser.”

Selain itu, kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi, yang menjadikan kita berasa kenyang, dengan itu membuatkan kita kurang makan daripada biasa – manfaat terbaik untuk anda yang ingin kurus. Kimchi juga makanan kalori rendah, dengan hanya 22 kalori dalam satu cawan! Jadi, terbaik untuk mengambilnya sebagai hidangan sampingan bukannya makanan ruji.

Fakta Probiotik

Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

RUJUKAN : & 2

IKLAN