Biasa mereka yang guna pencuci mulut atau air kumur mulut sebagai satu kaedah pembersihan gigi dan gusi yang jitu. Penulis sendiri menggunakan kumur mulut selepas memberus gigi supaya ia dapat menyah bau mulut dan bakteria masih tertinggal dicelahan gigi.
Baru-baru ini, baru penulis tahu banyak lagi kegunaan yang kita boleh lakukan selain mengkumur mulut. Dari satu botol Listerine contohnya, dari hujung kaki sampai hujung rambut anda boleh guna sebagai alat bersih. Malah rumah anda pun boleh guna Listerine!
#1 Kurangkan kelemumur
Basahkan rambut dan tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan sapu Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut anda.
#2 Hilangkan bau ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas. Listerine akan menghilangkan bau tengik ketiak dan memberikan bau yang lebih segar.
#3 Membersihkan berus gigi
Jangan ingat gigi anda jer boleh guna Listerine, berus gigi pun sama. Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Boleh buat 2 hingga 3 kali seminggu.
#4 Masalah kaki berbau
Anda boleh gunakan Listerine sebagai air rendaman kaki selama 30 minit. Bukan setakat bau, kuman dan kulat penyebab kaki berbau dan cagu boleh dikurangkan.
#5 Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Tak perlu basuh tong sampah tapi anda boleh guna kain rendaman Listerine. Ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
#6 Membasuh pakaian
Anda boleh campurkan air basuhan dengan satu penutup Listerine. Namun elakkan guna Listerine yang berwarna, lebih baik berwarna cerah dan bebas gula.
Jom cuba!