Sekali lagi Hollywood bikin debut diraja British!
Angelina Jolie hadir dalam sebuah majlis keramaian Service of Commemoration and Dedication Most Distinguished Order of St Michael and St George di Gereja di London semalam.
Beliau kelihatan anggun dalam persalinan rekaan warna kelabu Ralph & Russo lengkap dengan sarung tangan dan beg tangan perak.
Bahagian atas pula, Angelina tidak lupa untuk memakai fascinator iaitu topi elegan yang sering dipakai para wanita Eropah. Pada bahu kiri Angelina tersemat pingat Honorary Dame Grand Cross yang diterima sendiri dari Ratu Elizabeth pada Oktober 2014. Beliau menerima anugerah tersebut kerana telah berperanan besar memberi khidmat kepada dasar luar UK dan kempen menamatkan keganasan seks di zon perang.
Telahan orang ramai pula, rekaan bahu terdedah off-shoulder yang dipakai aktress berusia 43 tahun ini sedikit sebanyak memberi imbasan kepada gaun kahwin Duchess of Sussex dan debut pertama selepas ahli keluarga diraja British ketika perbarisan sambutan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth.
Siapa kata tak boleh pakai gaun off-shoulder ketika acara diraja. Lihat Angelina Jolie dan Meghan Markle, mereka selamba sahaja dengan elegan mengenakan rekaan tersebut.