Kendall Jenner, namanya cukup strong. Cantik, tinggi lampai, bergelar ikon fesyen di usia muda, duta pelbagai jenama hebat dunia, model dengan pendapatan tertinggi mengalahkan Gisele Bundchen, serta pelbagai lagi pencapaiannya.
Tapi dalam banyak-banyak, tertitip kisah buruk model 25 tahun ini yang dikatakan biadap. Acapkali melayangkan “middle finger” pada kamera paparazzi membuatkan penulis yang merupakan peminat turn-off melihat dirinya. Walau tidak suka diambil gambar dan diganggu, tapi rasanya tidak perlu sampai nak tunjuk jari tengah. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi jika anda follow fan account Kendall di laman Instagram, pasti anda dapat lihat banyak kompilasi si tinggi lampai ini melayangkan middle finger.
Baru-baru ini saja, selepas berjalan di Minggu Fesyen Milan, Kendall dan Bella Hadid menghabiskan masa menikmati dinner di sebuah restoran. Semua berjalan lancar, sehinggalah paparazzi mencerobohi masa mereka dengan mengambil gambar. Benci ketenteraman diganggu, Jenner dan Hadid dengan senang hati melayangkan jari tengah tepat ke kamera paparazzi membuatkan paparazzi yang ada di situ panas hati.
https://www.instagram.com/p/BkKAVvrgTmz/?taken-by=bellahnews
Menjadi perbualan di media sosial, rata-rata peminat Bella tidak menyenangi kelakuan Bella yang langsung tidak “menunjukkan” dirinya yang selama ini terkenal dengan sikap classy dan sopan. Ada beranggapan kerana Kendall, Bella berani selantang begitu.
Kenapa Kendall bersikap begitu, adakah disebabkan latar belakangnya yang mempunyai sakit mental?
Sakit Mental
Menerusi Keeping Up with the Kardashians, Kendall mendedahkan dia sudah bertarung dengan penyakit anxiety (gangguan kecemasan) sejak kecil lagi.
“Sejak kecil lagi, saya selalu hypochondriac (murung), dan adakalanya sangat teruk. Tahun lepas sahaja, pelbagai perkara berlaku dalam hidup saya, bermula dengan rompakan Kim. Kemudian saya dirompak dan mempunyai stalker. Itu semua memberi saya kebimbangan yang teruk, malah paling gila.
“Anxiety adalah disebabkan minda, jadi anda perlu mencuba dan mencari jalan untuk mencegahnya. Saya mencuba pelbagai cara dan kadangkala ia tidak dapat dikawal tetapi kini saya rasa amat bahagia sejak melibatkan diri dalam minggu fesyen,” terang Kendall lagi.
Yang pasti, sejak kecil Kendall sudah mempertontonkan kehidupannya kepada umum. Jadi tidak hairan dia merasa sesak, cemas dan tertekan bila dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi paparazzi – yang mengekori selebriti 24 jam sehari.
Tapi kalau benci sekalipun kenapa sampai perlu tunjuk jari hantu? Bukankah anda role model kepada generasi muda yang sangat mengagumi anda? Hurmmm…