Dari segi cara berpakaian, orang sebenarnya sudah boleh meneka personaliti kita secara menyeluruh. Ada yang selesa berpakaian polos dan ada pula yang memiliki sifat ranggi serta berani mencuba helaian bercorak nyata. Untuk penerangan tentang personaliti, cepat kaji corak pakaian kegemaran kamu!
#1 Polka-Dot
Kamu menganggap dunia ini sebagai taman permainan. Kamu tahu membahagikan masa dan mengawal emosi. Kamu tak suka jadi serius. Sangat peramah dan kamu adalah manusia yang banyak menerima pujian positif daripada orang lain.
#2 Jalur
Kamu orang yang ringkas (mahu perkara yang memudahkan aturan hidup) namun tegas dalam sesetengah perkara. Berkebolehan mengatur hidup agar seimbang dan tak pernah campur urusan kerja dengan keseronokan. Sangat bijak buat perancangan dan kehidupanmu adalah strategik secara keseluruhan.
#3 Paisley
Berjiwa klasik dan bersifat santai. Kamu percayakan kemampuan diri meski perkara itu dianggap remeh oleh orang lain… Berani mengharungi hidup dalam semua keadaan dan masih mencari kredibiliti sebenar diri yang sudah sekian lama tersembunyi.
#4 Tartan
Nakal tapi comel dalam masa yang sama. Kamu suka menonjolkan diri dan merupakan individu berfikiran intelektual -untuk terus pandang ke hadapan agar kehidupan terjamin.
#5 Floral
Untung siapa dapat kamu kerana hati kamu romantis. Sangat feminin dan kepala kamu penuh dengan idea luar biasa. Suka berangan dan suka melihat peluang terbaik untuk diri. kamu mudah beranggapan baik terhadap orang lain. kamu juga sangat relaks dalam kehidupan.
#6 Corak Kulit Binatang
Kamu sukakan pakaian yang ada corak kulit binatang? Ia menggambarkan identiti kamu yang mempunyai sisi lain. Kamu ada memiliki personaliti liar yang tersendiri dan dalam masa yang sama memiliki karakter sebagai seorang ketua yang kreatif.
#7 Gingham
Tanpa sedar, kamu adalah idola bagi kebanyakkan orang. Kamu pandai mengubah persepsi orang dan ya, kamu dilahirkan untuk membantu orang lain dan menjadi pengaruh baik buat orang yang memerlukan. Kamu ada kredibiliti menjadi seorang ketua.
Apa pula corak kegemaran korang? ❤