Pekerjaan sebagai seorang peguam hak asasi manusia, mengharuskan Amal Clooney bergaya formal. Tetapi kesediaannya untuk mencuba sesuatu yang berani semasa waktu tugas, sangat mengagumi ramai orang. Penampilan profesionalnya sentiasa digilap melalui warna dan aksesori.
Penulis sendiri mengikuti perkembangan fesyen isteri kepada aktor George Clooney ini, acapkali memilih dress floral mahupun suits, Amal sentiasa tampil sofistikated dan flawless sama ada di jalanan atau acara rasmi.
Baca: Setiap Pilihan Gaun Dari Wanita Ini Buat Ramai Cemburu
Makin tertarik bila Amal mengenakan sepersalinan dress mustard yellow ketika menghadiri perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle bulan Mei lalu. Pilihan warnanya yang bright membolehkan Amal memasuki senarai best-dressed untuk hari itu.
Bila diperhati, terdapat beberapa item dan trend yang Amal langsung tidak sentuh. Apa dia?
Leggings
Anda susah melihat Amal dalam item sukan seperti leggings dan tracksuits untuk gaya harian. Sebahagian besar wanita tinggi lampai ini memilih seluar kulit dan denim dalam fesyen hariannya.
Loafers
Mungkin kerana kerjaya profesional, jarang sekali Amal memakai kasut tidak bertumit seperti loafers dan flats. Paling kerap tumit tinggi jenis pumps dan wedges.
T-shirt Grafik
Oppss! Trend grafik bukanlah permainan Amal, tetapi dia suka bereksperimen dengan seluar bercetak dan beberapa item fesyen bercetak yang lain.
Sneakers
Rasanya Amal bukan insan yang mengikuti trend semasa. Kerana sneakers bukanlah gaya kasut pilihan Amal, dia lebih suka memakai boots mengikut gaya dan trend.
Hoodie
Trend hoodie mungkin tidak sesuai untuknya, tetapi Amal senang memakai statement outerwear yang bold, printed, dramatic – anda namakan saja.
Tas Tangan Saiz Mini
Trend tas tangan mini bukanlah gaya yang paling pratikal kalau anda jenis yang angkut semua barang, apatah lagi untuk individu yang sibuk sentiasa seperti Amal. Oleh itu, dia biasanya mempunyai tote bersaiz besar atau satchel di lengannya.
Yang pasti Amal sentiasa tampak berketerampilan dan effortless. Wanista suka sangat!