Fesyen

Supermodel Kacukan Kiko Mizuhara Kini Jadi Pereka Beg Tangan Pula…

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Supermodel Kacukan Kiko Mizuhara Kini Jadi Pereka Beg Tangan Pula…

Rumah fesyen ternama yang berasal dari New York, COACH, baru-baru ini mengumumkan kisah kerjasama dengan seorang supermodel jelita kacukan Jepun-Amerika untuk menjadi duta baharunya!

Sehubungan itu, COACH bakal mengeluarkan rekaan beg tangan edisi terhad yang disisip dengan cita rasa “Gadis It” Kiko Mizuhara.

Sumber: Coach

Menurut Pengarah Creative COACH Stuart Vevers, koleksi beg tangan Signiture Charlie edisi terhad ini akan dimuatkan bersama dalam edaran musim luruh menerusi kempen globalnya yang bakal didedahkan bulan hadapan.

“Tentunya saya berasa teruja untuk menyertai keluarga COACH,” ujar Kiko dalam sebuah kenyataan.

Sumber: Coach

Setiap satu beg yang dihasilkan untuk koleksi ini adalah berlandaskan idea perincian beg yang dizahirkan Kiko sendiri menggunakan Coach Create.

Antara motif dekorasi tampalan yang digunakan pula adalah berupa batu permata, taburan logam hiasan, kuntuman bunga kulit dan serta aneka pin berkarakter. 

Tonton Kiko Cipta Rekaan Perincian Untuk Beg Tangan Edisi Terhad COACH x Kiko Mizuhara

BACA  Nak Beli Baju Raya Pereka Fesyen Tak Mampu, Singgah Butik Online Ni