Resipi

Resepi Tart Cadbury Ala Wanista, 20 Minit Je Dah Siap!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Resepi Tart Cadbury Ala Wanista, 20 Minit Je Dah Siap!

Raya kan sebulan? Kalau tetamu tak henti-henti datang beraya memang jawabnya kosonglah balang kuih raya kat rumah korang tu. Jadi apa kata, buat Tart Cadbury yang tengah viral sekarang ni… untung-untung guna 8 bahan je tau… Kalau beli yang dah siap mesti mahal. Nak belajar macam mana, jom tengok resepi Wanista.

Bahan:

  • 2-3 cawan Tepung Gandum (kalau doh lembik sangat boleh tambah tepung lagi sikit)
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Tepung Kastard
  • 1 biji Kuning Telur
  • 1/2 sudu besar Esen Vanila
  • 2 sudu besar Gula Aising (kalau suka manis boleh tambah, tapi penulis nasihatkan tak perlu kerana coklat sudah sedia manis)
  • 2 bar besar Coklat Cadbury (Dairy Milk)
  • 1 buku (250g) Buttercup

Cara:

1. Pukul butter, gula, kuning telur dan esen vanila bersama.

2. Masukan campuran tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung… gaul lagi hingga sebati menjadi doh lembut. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu untuk elak jadi berbuku.

3. Pam doh menggunakan acuan samperit panjang di atas dulang ketuhar. Pastikan panjang doh yang dipam tersebut cukup untuk membaluti coklat.

4. Letak bar coklat yang sudah dipatah-patahkan dan balut dengan doh panjang tadi.

5. Sapukan sedikit kuning telur di atas setiap tart cadbury yang sudah siap dibalut.

6. Bakar 20 -25 minit sehingga warna tart bertukar kuning keemasan pada suhu 175°C/347°F.

Ha, nanti bila dah siap, jangan lupa kongsi gambar dan tag Wanista di Instagram [www.instagram.com/wanistadotcom].

Selamat mencuba! ❤

BACA  Tengah On Diet? Nah Resipi Caesar Salad Rangup Ala Pizza Hut