Ada sesiapa pernah menggunakan platform Klook?
Penulis pernah menggunakan Klook ketika melancong ke Jepun tahun lepas. Penulis menggunakan JR Pass untuk ke Osaka, Kyoto, Kobe, Himeji, memang berbaloi!
Apa itu Klook?
Klook, satu-satunya platform yang diperlukan oleh rakyat Malaysia untuk meneroka, merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman, bukan sahaja di destinasi luar negara tetapi juga seluruh Malaysia.
Klook menawarkan satu platform yang telus dan mudah digunakan bagi memenuhi keperluan pengembara ‘Free & Independence (FIT) Malaysia.
Dalam masa hanya beberapa saat, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih 40,000 pilihan tempahan aktiviti serta perkhidmatan daripada lebih 200 destinasi di seluruh dunia. Sebagai contoh, tarikan pelancong di Eiffel Tower, Paris, snek wajib cuba wafel telur di Hong Kong, aktiviti mesra keluarga seperti lawatan ke Universal Studios Jepun dan bersarapan sambil ditemani oleh hidupan liar di Zoo Singapura – Klook mempunyai semuanya.
Para pelancong juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan serta akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui Klook:
- Tempahan pada hari yang sama dan pengesahan pembelian serta-merta
- Baucar di Telefon mudah alih sebagai e-tiket
- Akses pantas tanpa perlu beratur supaya pelancong boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Masih nak fikir lagi? Mulakan pengembaraan Klook sekarang dan nikmati potongan tambahan sebanyak 7% untuk semua taman tema, aktiviti pelancongan serta kemudahan seperti pengangkutan di lapangan terbang, tiket untuk pengangkutan, wifi poket dan banyak lagi. Info lanjut, sila kunjungi www.klook.com.