Tak kira siapa anda, apa pekerjaan anda atau status. Perbelanjaan kehidupan sudah menjadi perkara lazim untuk ditimbangkan. Ramai yang kata status kewangan yang sihat dilihat dari segi penyimpanan, tidak kira sedikit atau banyak, jika anda menyimpan anda selamat!
Namun dalam dunia serba-serbi mudah ini, hendak shopping apa pun hanya perlu on telefon pintar. Sekejap sahaja beratus ringgit sudah habis. Inikan pula mahu menyimpan memang tidak sempat.
Jika anda benar payah untuk menyimpan dan tidak boleh ikut cara orang dalam kaedah kewangan. Jangan risau, setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Wanista cuba beri solusi menabung dan membeli-belah mengikut zodiak anda.
Aries (21 Mac – 19 April)
Anda seorang yang tidak dapat membuat keputusan yang baik. Aries sering kali membeli apa sahaja yang mereka rasa perlu tanpa usul-periksa. Sikap mementingkan kualiti dari kuantiti menyebabkan anda boros dalam membeli barang berjenama. Cara terbaik ialah dengan fikir dahulu sebelum membeli, sebagai contoh letak dahulu sebagai wishlist dan fikir adakah ia berbaloi dan perlu digunakan?
Taurus (20 April – 20 Mei)
Suka bermewah-mewah! Anda gilakan barangan, percutian, makanan dan apa sahaja yang mahal. Elakkan daripada terus berbelanja terhadap yang mendatangkan perkara yang sia-sia. Sebaiknya simpan dahulu wang yang ada untuk perbelanjaan akan datang. Sentiasa ingatkan tentang wang anda belanjakan hari ini tidak akan dapat dibelanjakan pada hari mendatang. Bayangkan banyaknya anda bazirkan hanya untuk keselesaan.
Gemini (21 Mei – 20 Jun)
Anda tidak dapat punya pendirian, kadang okay kadang memboros juga. Dalam diam anda akan guna juga duit simpanan yang ada. Nasihat Wanista untuk terus menyimpan secara tetap dan paling terbaik lakukan potongan automatik melalui bank.
Cancer (21 Jun – 22 Julai)
Paling bijak menyimpan kerana anda sentiasa pentingkan keluarga dan keselamatan peribadi. Walaupun begitu, anda tidak tahu pula cara untuk menggunakan duit. Jangan terlalu menyimpan sangat, seeloknya rasa jugalah ‘kemanisan’ kerja keras anda sebelum ini. Supaya anda tahu kenikmatan dan kembali cermin semula kepayahan menyimpan.
Leo (23 Julai – 22 Ogos)
Si Leo sentiasa mahu catch up dengan trend yang akhirnya membawa kepada sikap boros. Tidak semua anda perlu beli dan mengikut perkara semasa. Anda kena faham tentang kemahuan dan keperluan secara asasnya. Perbaiki cara berbelanja anda dengan hanya membeli sekurangnya satu item yang pada musim baharu bukan semuanya.
Virgo (23 Ogos – 22 September)
Anda punya masalah yang sama dengan Cancer, terlalu berjimat cermat sehingga membiarkan diri anda tertinggal ke belakang. Tidak ada salahnya untuk membeli pakaian baharu atau menikmati makan malam di restoran mewah. Kalau bukan dengan duit anda, duit siapa lagi?
Libra (23 September – 22 Oktober)
Jika yang lain gemar membeli-belah anda pula gemar berbelanja dengan hiburan. Apa yang menjadi masalah ialah anda yang keluar wang untuk membawa teman-teman. Anda tak perlukan momen seronok bersama teman dengan menggunakan wang anda. Sediakanlah bajet sendiri dan tetapkan tempat-tempat liburan yang berpatutan.
Scorpio (23 Oktober – 21 November)
Tidak ramai yang gemar dengan perangai Scorpio yang terlalu berahsia dan sensitif. Anda perlu berubah jika mahu menerima nasihat kewangan. Isu kewangan lebih lagi tentang kewangan rumah tangga dan keluarga perlu dijelaskan secara terbuka. Nasihat untuk si Scorpio, bentang dahulu buku akaun kamu.
Saggitarius (22 November – 21 Disember)
Aha! Anda pun sama suka berbelanja terhadap pengamalan daripada barangan maksudnya anda suka travel. Moto hidup anda “tak kisahlah berapa asalkan aku dapat kesana”. Sabar dahulu cik adik, jika anda tidak punya bajet tetap pun anda tak sampai ke destinasi impian. Tetapkan dahulu bajet dan lakukan research tentang tempat baharu itu, please jangan main redah. Setiap perkara perlu perancangan!
Capricorn (22 Disember – 19 Januari)
Bagus ya si Capri ini, dia seorang yang teratur, disiplin dan berilmu namun suka menghakimi orang lain (orang yang berbelanja). Anda sebenarnya takut untuk menggunakan duit anda kerana bagi anda ia akan menganggu kewangan. Jangan kedekut untuk diri anda dan sentiasa ingatkan diri anda untuk bahagikan wang kepada simpanan dan shopping.
Aquarius (20 Januari – 18 Februari)
Bukan boros tapi anda seorang yang sangat pemurah. Anda langsung untuk tidak berkira untuk membayar apa sahaja dan tidak endah fikirkan tentang sale. Walaupun baiknya hati anda, perancangan kewangan mesti ada dan perlu dilaksanakan dengan efisien. Jangan senang untuk laburkan duit anda, kenalpasti dahulu perkara yang perlu diutamakan.
Pisces (19 Februari – 20 Mac)
Pelik tapi benar. Anda langsung tidak peduli tentang isu wang kerana bagi anda banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Bagi anda cukup untuk berbelanja dan membeli barang yang anda mahu. Kesannya kewangan anda jadi tidak stabil dan sering kali terganggu. Ubah sikap anda kerana wang memang bukan segala-galanya tapi ia juga pendokong untuk kehidupan dan bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata.
Diharapkan cara ini sedikit sebanyak membantu anda semua. Selamat mencuba!