Malas bersiap tapi masih mahu kelihatan cantik? Aishh..macam susah sahaja nak achieve benda tu..
Buat gadis yang gemar bersolek (termasuklah penulis) memang ada kadangkalanya kita mahu kulit bernafas daripada diliputi bedak asas yang tebal. Kesan dari memakai bedak asas terlalu lama boleh beri kesan pada pori-pori seperti tersumbat dan tekstur kulit boleh berubah. Malah, sampai bila juga kita mahu keluar dengan bermekap tebal?
Minggu lalu, penulis telah menggantikan foundation dengan skin tint sebagai alas baharu dan ternyata penulis amat menyukainya.
Jap.. Apa itu skin tint?
Ia cecair ringan dan nipis yang memberi hasil kulit tampak lebih segar. Malah dari pemerhatian penulis, masalah tona kulit tidak sekata boleh diserikan semula. Namun jika anda mempunyai jeragat dan jerawat ia tidak dapat menutup sepenuh. Skin tint bagi penulis senang dikenali sebagai asas untuk menghasilkan natural makeup, makeup no-makeup look dan kulit glowing.
Sama seperti memakai foundation, pastikan kulit anda telah prep dengan pelembab dan primer supaya mekap lebih tahan lama seperti biasa. Masa untuk mencuci mekap juga jadi cepat kerana ia mudah dibersihkan
Wanista berikan 6 komplikasi jenama mekap yang mempunyai produk skin tint.
#1 The Ordinary Serum Foundation
Formulasi bedak asas yang sangat cair dan ringan untuk hasil base yang semulajadi. Ia dapat memudarkan garis halus dan tanda-tanda tidak sempurna pada wajah anda. Hasil semi-matte sesuai untuk mereka kulit kering, kombinasi dan berminyak.
#2 Mac Studio Face and Body Foundation
Yup, anda boleh pakai pada muka dan juga badan! Liputan ringan yang kalis air dan memberi kemasan berseri pada kulit anda.
#3 Glossier Perfecting Skin Tint
Kalau anda mahu kulit nampak dewy dan bersinar-sinar secara semulajadi, pilih dari skin tint dari Glossier. Buat anda yang mempunyai kulit kering paling sesuai dengan produk ini. Bagi yang kulit berminyak pula jangan lupa primer dan loose powder on top!
#4 BareMinerals Complexion Rescue Tinted Hydrating Gel Cream
Tinted hydrating dari Bareminerals telah diformulasi bersama pelembab, jadi anda boleh memakai produk terus atau dengan primer sahaja.
#5 Nars Radiant Tinted Moisturizer
Juga mempunyai pelembab untuk mengekalkan hidrasi kulit si pemakai. Produk ini turut dikatakan dapat merawat masalah tona kulit tidak sekata dan tompok gelap kesan dari pigmentasi.
#6 Hello FAB Triple Protection Skin Tint
Penulis pakai yang ini! Mudah diaplikasi dan mempunyai SPF 30 perlindungan dari sinaran matahari. Ia sangat ringan dan cair tapi litupan yang diberikan sangat memuaskan. Tona kulit jadi sekata dan berseri-seri.
Siapa yang memang nak nampak less makeup cukup dengan pemerah pipi, maskara dan eyeliner masukkan sekali skin tint dalam beg mekap kamu!