Fesyen

Kenapa Ada Jutawan Seperti Mark Zuckerberg Pakai Baju Yang Sama?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Kenapa Ada Jutawan Seperti Mark Zuckerberg Pakai Baju Yang Sama?

Siapa disini setiap minggu ada sahaja soalan ‘ala..tak tahu nak pakai baju apa esok’, padahal pakaian dalam almari sudah mahu termuntah keluar. 

IKLAN

Bukan apa, ada daripada kita sebenarnya malu untuk memakai pakaian yang sama. Kalau diikutkan kepada fashion sense seolah anda tidak mengikut trend, kelihatan lapuk dan paling malang dianggap kedekut nak beli pakaian baru.

Jangan hilang confident anda, tahukah anda jutawan terkemuka seperti mendiang Steve Jobs, Mark Zuckerberg dan begitu juga Arianna Huffington, ketua editor The Huffington Post memakai pakaian yang sama setiap acara?

Arianna Huffington memakai gaun yang sama dalam tiga acara berbeza. Foto – arkib Wanista.com

Mereka yang punya banyak wang ini langsung tidak terkilan dan memikir tentang pakaian yang baharu.

Bukan keputusan penting

Presiden Obama juga terlihat hanya memakai sut yang sama, dia hanya perlu memilih untuk memakai sut warna biru atau kelabu. “Saya tidak mahu membuat keputusan tentang apa yang patut saya makan atau pakai. Kerana lebih banyak lagi perkara penting saya perlu perhatikan (membuat keputsan).” Jika anda suka buat keputusan tentang perkara yang remeh, kemampuan anda juga sebenarnya rendah.

Foto – Getty Images

Orang yang bijak, pantas dalam tugasan tidak mahu terdorong dalam perkara yang membuang masa. Bagi mereka memikirkan tentang makan, pakaian setiap hari boleh menyebabkan jadi kurang efisien di tempat kerja.

Memudahkan hidup 

Mungkin anda pernah dengar cerita tentang Presiden Uruguay, José Mujica digelar pemimpin paling miskin di dunia. Beliau digelar sebegitu kerana cara hidup yang bersederhana dan tidak mahu obses pada perkara yang tidak memberi manfaat. Hidup akan jadi lebih ringkas, tenang dan produktif jika kita berhenti memikirkan perkara yang tiada gunanya.

Foto – The Guardian

Keselesaan

Ia bukan sahaja pada keselesaan ketika memakai tapi cara anda mengayakannya. Tidak ada gunanya kalau anda ubah stail tapi anda tidak berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Percayalah jika anda rasa hebat dan cukup bergaya dalam pakaian yang anda pilih ia akan meningkatkan rasa keyakinan yang sebenar.

Tun M juga gemar memakai uniform yang sama iaitu jaket Nehru miliknya. Foto – arkib Wanista.com

Apapun bagi penulis cukuplah dengan pakaian yang elok, bergosok, kemas dan tidak compang-camping jika hendak ke tempat kerja atau bertemu dengan orang ramai. Bagi anda yang gemar mengikut trend fesyen, tidak perlu rasanya untuk membeli 100% dari musim tersebut. 

IKLAN

RUJUKAN 1, 2 & 3