Makanan dan Instagram sememangnya mempunyai intipati yang sangat dekat lebih-lebih lagi buat golongan remaja dan pengguna Instagram yang gemar berkongsi foto-foto cantik di akaun mereka. Muncul pula makanan baharu yang unik seperti Pizza yang dihiasi serbuk kilauan ini, netizen mula naik gila untuk mencubanya!
Menurut sebuah laporan, kedai pizza eksentrik bernama “DagWoods Pizza” ini berpangkalan di Santa Monica dan ia kini dianggap restoran paling gah di sekitar bandar itu.
Menurut DagWoods, hidangan pizza warn-warni yang dilitupi keju enak serta taburan serbuk kilauan itu mula mendapat perhatian sejak ia pernah ditampilkan dalam sebuah slot menerusi rancangan bual bicara “Jimmy Kimmel Live!”.
Khabarnya lagi, pizza yang digelar “Magical AF” itu sudah mula diperkenalkan sejak tahun lepas sebagai menu bermusim namun, apabila ada permintaan yang tinggi daripada pelanggan sejak kebelakangan ini, mereka kembali menawarkannya kepada peminat mulai penghujung April lalu.
Selain sajian piza warna-warni berkilau ini, Dagwoods turut mencipta beberapa pizza ‘pelik’ lain seperti pizza yang ditaburi inti coklat dan gula-gula, pizza pepperoni bentuk daun ganja serta pizza daun Clover.
Ternyata, DagWoods bijak menyediakan persekitaran restoran dan menu menarik untuk menarik pelanggan yang terdiri daripada golongan mellenium yang obses dengan media sosial. #InstaFood