Biasalah bila bangun dari tidur, memang wajah nampak penat, tidak bermaya. Itu normal!
Jadi jawapan untuk itu semua, kita mengenakan mekap untuk memberi seri. Tapi terfikir juga cara lain selain mekap, apa agaknya ye?
Ini dia Wanista kongsi helah genius!
Bersenam setiap pagi
Bangun sejam atau dua jam lebih awal untuk pergi ke gim. Senaman pada waktu pagi akan menggerakkan organ, tulang dan otot anda selepas lena yang panjang.
- Foto – Pulse
Aktiviti ini juga sekaligus akan menghantar mesej “bangun” kepada otak anda. Ia juga dapat mengepam darah anda yang akan memberikan seri wajah kemerahan. Bukan kaki gim? Apa kata cuba saja senaman ringkas di Youtube.
Pakaian berwarna
Warna-warna neutral dan hitam tidak berapa membantu dalam menaikkan seri wajah. Pilih pakaian berwarna yang sesuai dengan tona kulit anda.
- Foto – Amino
Tona kulit sejuk lebih sesuai dengan warna seperti warna biru, merah jambu, ungu, biru-hijau, magenta, merah berasaskan biru, atau putih tulen.
Tona kulit panas pula sesuai dengan nada seperti warna tanah, kuning, oren, coklat, hijau gelap atau tentera, merah berasaskan oren, atau putih.
Guna air sejuk atau sudu
Cuci muka dengan air sejuk yang akan membuka mata anda yang sedang mengantuk. Berbanding air panas, mandi dengan air sejuk lebih memberikan kesegaran.
- Foto – Blog
Untuk mengurangkan sembap mata, simpan sudu besi dalam peti sejuk kemudian kemudian letakkan pada bahagian bawah mata pada keesokan paginya.
Memakai anting-anting
Sepasang anting-anting dengan batu permata seperti berwarna seperti nilam, zamrud, dan sebagainya mampu memberi seri kepada muka dan mata anda.
- Foto – Twig & Honey
Selain itu, anting-anting juga dapat menarik perhatian umum daripada wajah lesu anda.
Minum air sebanyak mungkin pada waktu siang
- Foto – PathWater
Sama seperti tumbuhan , kita akan berasa lebih segar apabila badan terhidrat dengan baik. Minumlah 8 gelas air sehari. Untuk menggalakkan tabiat minum air, letak botol air berdekatan dengan meja anda.
Kurangkan penggunaan telefon bimbit pada waktu malam
Kajian membuktikan bahawa, penggunaan 2 jam peranti seperti iPhone dan iPad akan menurunkan tahap melatonin, iaitu sejenis kimia yang akan mendorong tidur.
- Foto – Collins
Jadi lebih rendah tahap melatonin, lebih sukarlah anda untuk mula terlelap.
Praktiskan polisi 20/20/20
- Foto – Live Science
Jika anda bekerja menghadap komputer sepanjang hari, cuba praktiskan polisi ini, yang boleh mengurangkan ketegangan mata. Ambil 20 saat untuk melihat ke tempat lain sejauh 20 kaki setiap 20 minit.
Makan (atau bau) limau gedang, oren atau lemon
- Foto – Heinen
Buah- buahan yang kaya dengan vitamin C dapat meningkatkan tenaga dan kewaspadaan. Jika tidak mahu memakannya, menghidu baunya sahaja mampu memberikan impak tersebut.
Pakai kaca mata hitam
- Foto – Clearly
Ini cara yang paling pantas untuk menyembunyikan mata dan wajah yang lesu tanpa nampak aneh malah tampil bergaya.
Mudahkan. Selamat Beramal!