Biasalah musim raya ni memang banyak sangat masalah kesihatan yang berkenaan dengan perut. Sakit perut, sebu perut, kembung perut dan macam-mavcam lagilah. Paling tak syok, bila rasa sebu tadi tu menjadi punca kepada kemunculan pedih ulu hati pula.
Maklumlah, bila perut dah biasa berpuasa dan tiba-tiba hari raya pertama dapat makan seharian, memang terkejutlah agaknya sistem penghadaman kan? Ikuti tips Wanista untuk elak perut sebu sepanjang musim Aidilfitri ni.
#1 Makan Pil Arang Aktif
Boleh dapatkan di mana-mana farmasi atau kedai ubat-ubatan. Pil arang aktif dipercayai mampu mengurangkan gas dan rasa kembung perut.
#2 Minum Sebelum Makan
Sebab itu buah-buahan lebih elok dimakan sebelum menjamu menu utama. Lancarkan penghadaman dengan minum segelas air terlebih dahulu sebelum muka menjamah hidangan. Tips ini dapat mempercepat pencernaan makanan dalam perut. JANGAN MINUM BERSELANG DENGAN MAKAN kerana ia menghilangkan asid perut seterusnya menyukarkan pencernaan.
#3 Jangan Gelojoh Kunyah & Telan Makanan
Sedapnya dapat makan tempoyak, gulai itik, rendang ayam, cicah pula ketupat dengan kuah kacang manis… amboi! Tapi kalau ye pun sedap, kunyah makanan tu perlahan-lahan supaya makanan tu cukup hancur dan mudah dihadam tubuh.
#4 Elak Minuman Soda
Musim raya ni kalau boleh memang semua nak mudah. Ramai tuan rumah yang hidangkan minuman segera seperti air soda/gas sebab tak perlu bancuh. Namun, harus berhati-hati jika perut kamu mudah meragam. Sila elak ambil minuman berkarbonat sebaliknya minum sahaja air kosong untuk lancarkan penghadaman.
#5 Cuka Epal
Boleh campurkan satu hingga dua sudu cuka epal dalam minuman seperti air kosong atau teh dan minumnya dahulu sebelum pergi beraya atau ke rumah terbuka.
Antara Jenis Makanan Punca Perut Bergas
- Bawang
- Tenusu
- Kekacang
- Sumber karbohidrat yang diproses
- Brokoli dan kubis
Jangan biarkan perut berangin dan rasa sebu tu mengganggu kemeriahan raya korang okay?
Selamat beramal! ❤