Rasanya semua tahu cara paling terbaik untuk membasmi segala parut jerawat lama ialah dengan menggunakan teknik skrub atau pengelupasan. Parut jerawat yang gelap dan bertompok ianya dari kesan kulit mati dan pigmentasi berlebihan. Jadi ramai yang berpendapat ini cara paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan ‘warna’ yang tidak mahu pada wajah.
Namun teknik tersebut hanya terhapus pada permukaan atas kulit sahaja, tidak terus jauh kedalam. Bermakna pigmentasi atau tompokan gelap masih boleh terjadi jika tidak dirawat secara berterusan.
Tips dari penulis setelah lakukan teknik skrub selama 2 atau 3 kali seminggu, pastikan anda gunakan produk krim atau serum penjagaan khas untuk parut dan tompok gelap untuk kesan yang optimum. Ini beberapa produk yang Wanista cadangkan untuk anda mencuba.
#1 Clinique Even Better Clinical Dark Spot Corrector & Optimizer
Jenama yang diiktiraf kualitinya dan terkenal dengan set penjagaan wajah yang memberangsangkan. Serum muka ini sesuai untuk disapu pada seluruh wajah untuk memudarkan tompokan gelap dan masalah tona kulit tidak sekata. Produk ini mengandungi dua kuasa untuk merawat dan melembutkan kulit. Penulis sendiri telah mencuba produk ini, keberkesanan dapat dilihat dalam masa 2 minggu.
#2 The Face Inc Lightener
Mungkin ada diantara anda yang mengalami lebihan melanin pada kulit yang bertukar kepada tompokan gelap dan pigmentasi tidak terkawal. The Face Inc Lightener adalah krim pekat yang hanya difokuskan untuk merawat bahagian yang ‘rosak’. Sapu produk tipis pada kulit yang bermasalah dan dibiarkan kering seperti biasa. Formulasi seperti Arbutin inhibits tyrosinase dan thus inhibits efektif mencerahkan semula parut jerawat dan tompok segala sekata.
#3 Clinelle WhitenUp Spot Corrector Essence
Selesai mencuci wajah, menyegar dan melembab anda boleh terus menggunakan produk Clinelle untuk penjagaan tona kulit. Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah tompok atau parut jerawat yang bersepah! Hanya titipkan sedikit sahaja pada kawasan yang bermasalah kerana ia krim pekat dihasilkan dari 3 bahan semulajadi ekstra Japanese Purple Rice, ekstra bunga daisy dan Vitamin C.
#4 Nano White Dark Spot Corrective Serum
Kaya dengan Vitamin C, minyak teh hijau dan alga laut yang bukan sahaja memperbaiki masalah parut jerawat lama, tompokan hitam pigmentasi malah mengurangkan kadar jerawat akan datang. Serum lembut ini juga membantu masalah pengeluaran minyak berlebihan, siapa yang kulit berminyak paling sesuai dengan produk ini. Jika anda mempunyai parut ‘degil’ ia berkesan kerana bertindak menyerap jauh kedalam kulit.
#5 Kiehl’s Clearly Corrective™ Dark Spot Solution
Serum ini langsung tidak mempunyai sebarang paraben, pewangi, silikon yakni terjamin untuk semua jenis kulit. Guna setiap hari untuk mengembalikan seri wajah dan sekaligus meratakan tona kulit. Menurut dari kajian, terdapat 55% wanita yakin produk ini berkesan dalam masa 2 minggu dan 4 minggu kemudian tompok gelap dan parut mulai pudar. Kalau tak pasti, apa kata anda cuba sendiri dalam alami perubahan yang positif ini.
Ingat! Skrub sahaja tak cukup anda kena sediakan produk rawatan dan pencegahan. Selain itu, pada waktu siang jangan lupa untuk pakai sunscreen sebagai pelindung dari pigmentasi kembali berulang. Baca: Kenapa Kulit Muka Cepat Gelap Dan Ada Tompok Hitam?
Selamat mencuba.