Ini mungkin Hafiz Mahamad versi New Zealand. Seorang jejaka yang dikenali sebagai lelaki tersasa di Instagram bernama Josef Rakich serta-merta menjadi bualan netizen apabila menganjurkan majlis lamaran besar-besaran di stadium Eden Park, Auckland, untuk teman wanita kesayangannya.
Wanita bertuah itu khabarnya bukan sahaja menerima kejutan lamaran tetapi juga dimewahkan dengan hadiah berupa kereta jenama Range Rover serta sebentuk cincin yang dihiasi berlian rona merah jambu samar. Pokoknya, semua persiapan kejutan itu termasuk belon dilimpahi dengan warna kegemaran Barbie!
Menurut sumber, Josef telah bukan setakat mengeluarkan beratus ribu ringgit untuk majlis ini bahkan sanggup menyewa keseluruhan kawasan stadium berkenaan untuk dia dan kaum keluarga tunangnya itu semata-mata untuk merealisasikan majlis ini.
Semuanya sudah dirancang secara terperinci daripada awal, khidmat pengangkutan helikopter turut diupah Josef bagi membawa teman wanitanya itu dari sebuah tempat rahsia ke stadium berkenaan.
Menerusi sebuah foto yang dimuat naik ke akaun Instagramnya semalam, Josef sempat menyatakan betapa bahagianya perasaan dia kerana akhiranya dapat melamar Mimi, teman wanitanya untuk hidup bersama.
Khabarnya lagi, beberapa orang krew jurugambar turut digunakan untuk menjayakan majlis berkenaan yang kemudiannya sempat menyiapkan rakaman khas situasi sekitar majlis lamaran tersebut untuk dikongsikan bersama lebih 750,000 para pengikut Instagramnya sebelum viral.