Ada orang dengan mudah boleh bergambar cantik – tidak kira dalam keadaan bersedia mahupun tidak, pantang sahaja ada kamera di depannya terus sahaja mengeluarkan pose.
Tetapi ada juga yang tidak selesa di hadapan kamera namun tidak bermakna mereka tidak mahu bergambar cuma ada sedikit rasa malu di situ.
Jadi, untuk si “camera-shy”, cuba beberapa taktik mudah ini untuk bergambar. Mana tahu ada yang menarik…
#1 Pandang Ke Tepi
Bila anda tidak mahu menunjukkan wajah, cara paling mudah dan genius adalah pandang ke tepi. Biarkan sahaja foto anda berbicara.
#2 Halang Dengan Tangan
Anda buat-buat seperti menutup wajah dari matahari padahal sebenarnya nak mengelak dari kamera. Nampak natural di situ.
#3 Tutup Mata
Pastikan mata anda tertutup rapat dan klik…. Agak dramatik ye foto sebegini.
#4 Guna Prop
Gunakan prop untuk mengalihkan perhatian mereka ke titik fokus yang berbeza. Cubalah sesuaikan prop dengan cara anda mahu bergambar.
https://www.instagram.com/p/BblEV6IgIwb/?hl=en&taken-by=btstae
#5 Kaca Mata
Tidak bersedia untuk bergambar? Mudah sahaja dengan Kaca Mata.
#6 Ketawa
Tak nak nampak janggal dalam gambar, ketawa sahaja dengan senang hati!
Say Cheese... dan Selamat Beramal!