‘Tidak semua orang dalam dunia ini suka akan kita.’
Memang benar tidak semua akan suka mahupun akan benci pada siapa diri kita. Cumanya kita lebih terdorong kepada perkara yang negatif, gemar untuk berfikir tentang mereka yang tidak suka akan kita. Susah untuk mengelak diri dari menjadi bahan mengata. Bayangkanlah orang yang dalam dunia media sosial pun kita boleh bersifat prejudis apatah lagi yang kita kenal.
Sesekali tertanya juga bagaimana untuk menjadi individu yang paling senang dan selesa didampingi. Kenalan dan orang yang baru kita berjumpa mudah menjadi mesra dan tidak kekok bila bersama kita.
Penulis ada sedikit tips untuk anda yang ingin menjadi universal untuk semua orang dan mengelak dari pelbagai drama atau politik pejabat, keluarga atau teman-teman.
Elak bercakap tentang orang
Malu rasanya jika diri kita digelar ‘Makcik Bawang’. Jauhkan diri anda dari kumpulan yang suka bercakap tentang orang lain atau zip terus mulut kamu. Percayalah sekali anda mengata orang ia akan menjadi penyakit hati dan zahirnya dapat dilihat melalui riak wajah anda.
Tak perlu jadi terlampau baik hati
Pendapat penulis sendiri dengan orang yang terlalu baik hati kadangkala boleh menjadi rimas. Anda tak perlu membuka tangan dan hati yang luas untuk orang lain menjadi senang bila bersama anda. Cukup dengan bantu yang anda termampu dan berterus-terang jika tidak dapat. Hati-hati juga ada yang akan mengambil kesempatan atas sifat baik hati.
Pendengar yang baik
Insan yang menyenangi hati orang lain ialah dengan menjadi pendengar yang setia. Anda mungkin tidak dapat bantu secara fizikal, cukuplah secara lisan dengan menghilangkan rasa pedih si pengadu. Secara balasan, mereka akan menghormati kita sebaiknya dan berasa selesa dengan pendapat yang diberi.
Senyum
Kadang tak perlu bicara manis pun, hanya sekadar mengukir senyuman dan bermanis sudah cukup beri gambaran anda seseorang yang mudah didekati. Bila kita mulai dengan suatu yang positif hasilnya juga positif. Sebelum anda hendak mula bicara dengan orang mulakan dengan senyuman dan eksperesi wajah yang ceria bagi menyenangkan pada mereka.
Jangan takut dibenci
Baru sahaja dengar desas-desus diri terkena cakap belakang anda dah mula naik angin. Seeloknya cuba berhadapan dengan orang tersebut atau paling mudah biarkan sahaja. Anda jangan gentar dengan mereka yang tidak sukakan anda, sebaliknya belajar dari mereka tentang sifat buruk diri yang anda tidak tahu. Perbaiki diri dari kritikan.
Senang cerita buat baik bagaimana pasti ada juga yang akan benci. Paling penting anda ambil yang positif sahaja, mereka punya hati busuk atau hasad dengki tak akan pernah berubah kalau bukan dari mereka sendiri.
RUJUKAN