Tips - Kecantikan

Gadis Korea Ajar Tutup Pori Dengan Lidi Pencungkil Gigi

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Gadis Korea Ajar Tutup Pori Dengan Lidi Pencungkil Gigi

Tak ada sesiapa pun sukakan mekap bercapuk dan permukaan kulit kelihatan seperti kulit buah oren. Penampilan kulit yang berlubang dengan memperlihatkan pori-pori nyata sememangnya menjadi igauan bagi wanita. Justeru, Wanista kongsikan cara terbaik bagaimana kamu boleh menutup pori-pori wajah menggunakan teknik lidi pencungkil gigi seperti yang dikongsikan Vlogger kecantikan Korea, Hanabono. 

IKLAN

#1 Bersihkan Kulit Wajah

Sumber: Youtube

Menurut Hanabono, sebelum mengenakan mekap dia akan pastikan kulit dibersihkan menggunakan skrub bagi menghakis segala kotoran dan sel kulit mati yang boleh mencacatkan solekan.

#2 Krim Pelindung Matahari 

Merupakan rutin kecantikan terpenting, sapukan krim pelindung matahari rata-rata pada kulit supaya terlindung dari penuaan yang disebabkan selaran matahri berbahaya.

#3 Sapukan Primer Dengan Lidi Pencungkil Gigi

Sumber: Youtube

Lidi ini bukan untuk mencungkil pori-pori wajah sebaliknya untuk menyapu krim primer. Lidi tersebut bisa digunakan untuk memasukkan krim secara rata ke dalam pori-pori seterusnya menghasilkan permukaan kulit lebih rata.

#4 Sapu Bedak Asas & Concealer Dengan Berus Kepala Rata

Seperti biasa, sapukan bedak asas secara menyeluruh dengan berus yang memiliki bulu permukaan rata agar mudah menolak masuk produk secara rata ke permukaan kulit. Kalau boleh gunakan gerakan menekap dan bukannya gerakan menarik.

IKLAN

#5 Sapukan Balsem Pori Dengan Lidi

Sumber: Youtube

Langkah seterusnya dengan menyapu balsem pori jenama The Face Shop pada setiap pori-pori yang besar menggunakan lidi. Ia umpama simen yang dimasukkan ke dalam lubang pori agar permukaan kulit jadi rata.

#6 Akhiri Dengan Bedak Tabur

Akhiri solekan dengan sapuan bedak tabur yang ditekap pada keseluruhan wajah. Fokuskan pada kawasan yang mudah berminyak seperti dahi dan celah hidung agar mekap terpelihara lama.

Tonton Tutorial Menutup Pori Wajah Guna Lidi Pencungkil Gigi

Selamat mencuba! ❤

RUJUKAN