Kembara

Aktiviti Kampung Yang Anda Boleh Teroka Di Lembah Klang

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Aktiviti Kampung Yang Anda Boleh Teroka Di Lembah Klang

Ada sesetengah orang berpendapat Lembah Klang hanyalah bandar semata-mata. 

Tanpa diketahui ramai sebenarnya banyak sahaja aktiviti berteraskan kampung yang anda boleh cuba disana. Sesuai untuk merasa yang berkampung dibandar dan teringin untuk melakukan aktiviti kampung rupanya ada sahaja aktiviti tersebut tersedia. Beberapa contoh termasuklah jelajah makanan tempatan atau aktiviti seni seperti lukisan batik. Dari lawatan budaya sehinggalah ke kembara ke air terjun, rata-rata keluarga boleh juga kekal aktif sambil meneroka Lembah Klang.

Jangan risau, Wanista kepilkan orang yang anda boleh hubungi untuk melakukan aktiviti ini melalui Airbnb. 

Sepang: Menoreh getah dan makan tengahari alam mangkuk tingkat

Foto – Utusan Online

Nikmati pengalaman sebenar menoreh pokok getah bersama Khairul dan alami kelazatan sayur-sayuran organik yang dihidangkan bersama juadah tempatan lain di dalam mangkuk tingkat daripada restoran tempatan di kawasan ini. Hubungi: Khairul

Bukit Bintang: Lawatan sehari menjelajah air terjun

Foto – Google

Terokai denai yang terpelihara bersama Thomas sambil menjelajahi kepelbagaian bentuk muka bumi untuk sampai ke puncak, dan bermandi-manda di tiga air tejun yang indah. Sarapan dan makan tengah hari daripada restoran yang dipilih dengan teliti akan disediakan semasa pengalaman ini. Hubungi: Thomas

Fifth River: Kunjungi pulau nelayan tersembunyi

Foto – Alec Travel Guide

Menjelajah pulau nelayan tersembunyi bersama Chun Ynh yang akan memandu anda ke sekitar pulau kecil ini dan membawa anda melihat warga tempatan mencari rezeki. Sertai aktiviti menangkap ketam, kunjungi kedai makanan laut tempatan, kemudian nikmati makan tengah hari dengan sajian makanan laut yang segar untuk mengakhiri petang anda. Hubungi: Chun Ynh

Chinatown: Berbasikal dan menjamu selera bersama peneroka

Foto – pps.org

Aktiviti kembara berjalan kaki dan berbasikal tegar yang akan membawa anda menjelajahi lorong-lorong tersembunyi di Kuala Lumpur. Selami pemandangan dan bunyi-bunyian di jalan-jalan ini, yang menghubungkan bahagian bandar yang lama dan yang baru. Hubungi: Elena

Imbi: Sehari menjadi kehidupan seorang pelukis Batik

Foto – AFAR Media

Anda boleh mempelajari tentang pembuatan Batik, terutamanya kaedah mencanting. Masa inilah nak cungkil karya dan mencipta karya Batik sendiri! Hubungi: Colin

Kampung Baru: Kampung ditengah bandar

Foto – Malay Mail

Perkampungan Melayu terakhir di Kuala Lumpur boleh ditemui di Kampung Baru. Fuad akan membawa anda menjelajahi budaya, makanan, dan seni bina tempatan, dengan berlatarbelakangkan Menara Berkembar. Hubungi: Fuad

Okay..dah boleh book dengan Airbnb! 

Komen Anda