Kesihatan

Kanak-Kanak Perempuan Lumpuh, Tak Boleh Bercakap Lepas Digigit Kutu

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kanak-Kanak Perempuan Lumpuh, Tak Boleh Bercakap Lepas Digigit Kutu

Kutu manusia boleh ditanggung tetapi kutu binatang, gigitannya bukan calang-calang dan boleh memberi keburukan bukan sahaja terhadap bintang itu sendiri tetapi juga kepada manusia.

Secara amnya, kutu binatang berasal dari luar. Kutu biasanya hidup dicelah-celah rumput dan rimbunan tumbahan dan bisa menyerang manusia andai binatang peliharaan menjadi habitat kepada kutu-kutu tadi sebagai tempatnya untuk mendapatkan sumber darah. Akhirnya, ia akan menyerang manusia dan memberi keburukan kepada isi rumah.

Sumber: Facebook/Jessica Griffin

Seperti yang berlaku terhadap kanak-kanak perempuan lima tahun ini, ibunya, Jessica Griffin, menyedari anaknya tidak mampu berjalan dan bercakap sebaik terjumpa seekor kutu yang sudah kekenyangan melekat pada bahagian kepala anaknya itu.

Sejurus menyedari perkara itu, anaknya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan doktor mengesahkan ianya suatu kes yang jarang berlaku apabila sejenis kandungan toksin dipanggil “neurotoksin” yang berada dalam air liur kutu berkenaan menyerang sistem tubuh manusia sehingga mampu menyebabkan kecacatan sementara.

We had a bit of a scare this morning! Kailyn woke up and couldn’t walk! I was just thinking that her legs were asleep…

Posted by Jessica Griffin on Wednesday, 6 June 2018

Dalam satu pos di Facebook, Jessica sepat berkongsi pengalaman itu dengan netizen supaya tiada lagi individu yang menimpa nasib seperti anaknya.

Nasib menyebelahi kerana tindakan segera, anaknya, Kailyn, kini selamat dan sudah kembali berjalan seperti normal.

SUMBER 1, 2, 3

Komen Anda