Setiap dari kita mempunyai guilty pleasure terhadap sesuatu makanan dan minuman – aiskrim, kentang goreng, kek, ramen serta pelbagai lagi.
Terjadi pada seorang wanita Taiwan, siapa sangka benda yang digemarinya membawa padah dan paling teruk sampai merosakkan keseluruhan wajah. Apa yang diambil oleh wanita tersebut?
Laporan berita CTS mengatakan wanita yang berusia 30-an itu kelihatan 20 tahun lebih tua daripada usia sebenar. Doktor merumuskan wanita itu mengambil minuman bubble tea setiap hari selama 20 tahun, sejak di bangku sekolah lagi. Laporan juga mengatakan wanita tersebut selalu memesan bubble tea bersaiz 500ml dan meminta tambahan gula.
Bubble tea adalah minuman popular dari Taiwan yang telah dibawa masuk ke Malaysia, Singapura dan banyak lagi negara lain. Minuman ini dibuat dari teh, perisa lain yang manis dan bebola kecil bubble tea dikenali sebagai mutiara atau pearl yang diperbuat daripada tepung ubi kayu yang diletakkan di dalam air teh pelbagai perisa – yang juga dipenuhi dengan gula.
Doktor memerhatikan bahawa tekstur kulitnya kasar, tona yang tidak sekata, dan terdapat kedutan mendalam yang ketara dilihat di wajah. Keadaan kulitnya rosak mungkin disebabkan pengambilan bubble tea yang membawa kepada glycation, menjadikan kulit kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya.
Glycation adalah tindak balas semula jadi yang dicetuskan apabila protein dalam kulit kita lemah selepas interaksi dengan gula. Protein dalam kulit kita, seperti kolagen dan elastin, bertanggungjawab untuk memberi kulit kita tekstur yang muda, kental, dan berisi. Apabila glycation berlaku, ia akan melemahkan protein penting ini dan hasilnya dapat dilihat pada kulit kita menjadi reput, kedutan dan kehilangan seri.
Oh no, penulis sendiri gemar minum bubble tea… Okay dah tak nak minum lagi selepas ini!