Resipi

Jom Buat Kerabu Maggi Untuk Menu Hari Raya

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Jom Buat Kerabu Maggi Untuk Menu Hari Raya

Kalau ratah kerabu maggi ni usah cerita, memang sedap! Lagi-lagi bila tergigit hirisan daun-daun ulam tu memang mengancam habis. Musim-musim raya ni kalau tak tahu nak hidang apa untuk tetamu, apa kata kenyangkan perut mereka dengan sajian ala thai berbentuk kerabu maggi ni. Mesti lain dariapda yang lain dan menambat selera diorang. Jom Wanista ajarkan resepinya.

Bahan:

  • 3 paket Maggi Tom Yam (Mee segera Siam kalau nak sedap)
  • 6 ekor sotong – potong bulat
  • 20 ekor udang
  • 5 crab stick – jika suka (celur sebentar saja)

Bahan Hirisan:

  • 5 biji cili padi
  • 3 helai daun kobis
  • 3 biji buah tomato
  • 2 pokok daun ketumbar

Bahan Perasa:

  • 8 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 1 paket perencah maggi
  • Kicap sotong secukupnya
  • Sedikit garam dan gula

Cara: 

1. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Masukkan sotong dan udang, celur sebentar dan toskan. Kemudian masukkan maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur hingga mee lembut.

2. Angkat dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk.

3. Gaul bersama bahan celur, bahan hiris, perencah maggi dan renjiskan dengan jus limau, kicap sotong, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati.

Kerabu ni mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas.  Perencah Maggi Tom Yam agak pedas jadi memadai guna 1 paket perencah sahaja okay?

Selamat mencuba! ❤

BACA  [Resipi] Hidang Nachos Berdaging Je... Confirm Pinggan Licin