Ramai senang terpengaruh dengan hanya melihat gambar “sebelum dan selepas”. Kalau ikutkan logik, mana mungkin krim yang hanya di sapu pada bahagian kulit mampu memberi kesan untuk ‘menambah isi’ di dalam payudara betul tak? Kerana terlalu ikut nafsu, ramai yang tertipu.
Kajian sains membuktikan payudara yang besar berkait rapat dengan hormon dan genetik seseorang. Lazimnya wanita yang mempunyai saiz payudara besar adalah kerana mengikut keturunannya. Dari segi hormon pula, payudara kita akan terus membesar daripada saat mula datang haid (akil baligh) hinggalah berusia sekitar 19 tahun.
Selepas itu, hormon akan terus mempengaruh saiz payudara seseorang apabila sedang hamil dan perlu menyusukan bayi. Keadaan payudara akan terus membesar daripada saiz asal apabila wanita itu mula naik berat badan. Semakin gemuk, semakin besarlah payudara.
Berkesankah Krim Sapuan Untuk Besarkan Payudara?
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memutuskan tiada sebarang krim sapuan yang mampu menyumbang tumbesaran pada payudara.
Bagaimana Pula Dengan Senaman Payudara?
Senaman dada atau payudara yang banyak dikongsikan hanyalah mampu membina tekstur otot dan sendi bahagian dada (payudara). Ia tidak bersifat kekal kerana otot dan sendi akan mengendur mengikut usia yang semakin meningkat kerana kehilangan kolagen dalam tisu kulit.
Pil Perancang Besarkan Payudara?
Ya, pengambilan pil perancang akan mengaktifkan hormon sekaligus meningkatkan saiz payudara dan berat badan untuk sementara waktu.
Cuma Implan Dapat Besarkan Payudara
Cuma pembedahan plastik dengan memasukan implan berupa silikon sahaja yang dapat membesarkan payudara. Itu pun, ramai wanita sengsara kerana sering mengalmi sesak nafas dan apabila semakin berumur, tulang belakang tidak mampu menampung berat payudara lalu memutuskan untuk mengeluarkan implan berkenaan. Ha, kan membazir?
Hendaklah kita jelas, sesungguhnya tiada sebarang krim yang mampu membesarkan payudara sebagaliknya, krim hanya dapat menegangkan payudara yang sudah longgar dan jatuh seperti yang ditunjukan dalam video tutorial oleh Dr. Anthony Yound dalam rancangan Rachel Show sekitar 2013 di bawah.
Semoga bermanfaat! ❤