Kesihatan

Kesiannya, Kulit Kanak-Kanak Comel Ni Bertukar Jadi “Batu” Kerana Penyakit Aneh

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Kesiannya, Kulit Kanak-Kanak Comel Ni Bertukar Jadi “Batu” Kerana Penyakit Aneh

Sadis melihat keadaan mereka.

Dilaporkan, empat kanak-kanak dari keluarga miskin di Pakistan secara perlahan bertukar menjadi “batu” akibat penyakit yang jarang berlaku.

Menurut doktor, Habibullah Bhatti, 19, Mehrunisa, 15, Nasebullah Bhatti, 10, dan Khairunisa, 6, menderita sakit epidermolytic hyperkeratosis. Keadaan yang menyerang sekitar 200,000 orang di seluruh dunia, telah menyebabkan lapisan kulit tebal berkembang di tangan dan kaki mereka.

Foto – Daily Mail

Ibu bapa mereka, Nazir Bhatti, 50, dan Abida Ali, 48, bimbang akan masa depan anak-anak mereka kerana tidak ada penawar untuk keadaan aneh. Keadaan ini mengakibatkan mereka tidak dapat lagi memakai sandal atau kasut kerana kesakitan yang dialami dan terpaksa berkaki ayam bila berjalan.

Nazir berkata: “Tiga tahun lalu, anak bongsu saya, Khairunisa, diserang penyakit aneh. Satu lapisan kulit tebal tumbuh di kakinya yang mulai bertukar menjadi batu dalam beberapa bulan. Kami sudah cuba membawanya pergi berjumpa pakar tetapi masih begini lagi sehinggakan dalam tempoh enam bulan, tiga anak saya lain juga terkena penyakit yang sama.”

Foto – Daily Mail

Fakta Epidermolytic Hyperkeratosis

Penyakit aneh ini menyerang sekitar 200,000 hingga 300,000 orang di seluruh dunia. Ia melibatkan penumpukan filamen keratin dalam kulit yang mengakibatkan kulit merah, keras dan rosak teruk. 

Bayi yang baru lahir dengan gangguan ini tidak mempunyai perlindungan yang diberikan oleh kulit biasa, menjadikannya berisiko dehidrasi dan jangkitan.

Foto – Daily Mail

Dilaporkan, tiada sebarang ubat untuk penyakit ini, tetapi hanya menumpukan rawatan untuk melembapkan kulit dan fisioterapi untuk meningkatkan pergerakan.

RUJUKAN

Komen Anda