Cinta & Perhubungan

Bila Suami ‘Angkat Tangan’, Ini Yang Perlu Isteri Buat

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Bila Suami ‘Angkat Tangan’, Ini Yang Perlu Isteri Buat

Kisah keganasan rumah tangga bukan lagi perkara yang boleh ditutup, kalau mengikut penulis sejak dari kecil lagi drama-drama tontonan di kaca televisyen telah menunjukkan pelbagai kisah menyayat hati tentang seorang suami sanggup memukul isteri dan anak-anak. Tapi kini keganasan terhadap wanita bukan sahaja berlaku pada perkahwinan malah ketika bercinta.

Pada Mei 2018, negara dikejutkan tentang kisah gadis yang baru sahaja 19 tahun maut akibat dicekik teman lelaki. Gadis malang itu diperlaku hanya kerana menegur teman lelaki tentang vape…

Foto – Sanaf.com

Suami atau teman lelaki kaki pukul, berkelakuan kasar dan boleh mencederakan fizikal serta mental anda, adakah yang terbaik untuk anda? Jika anda tergelumang dalam masalah yang mahu dielak dari semua wanita, ini nasihat Wanista untuk anda…

Hukum suami pukul isteri dari prespektif Islam

Islam hanya membenarkan suami memukul isterinya dengan bersyarat iaitu memukul bertujuan untuk mendidi tanpa mencederakan serta menjatuhkan maruah isteri. Pukulan berbentuk pengajaran ini adalah cara terakhir yang boleh digunakan jika dua langkah ini gagal iaitu teguran baik dahulu dan kemudian memboikot tempat tidur. 

Pukulan juga hendaklah tidak meninggalkan kesan dan tidak memukul di muka.

Langkah awal…

# Berbicaralah mengenainya. Ajak suami untuk menceritakan segala masalah yang mungkin dia hadapi sehingga memilih melakukan kekerasan. 

# Pastikan sistem sokongan sentiasa disamping anda. Seeloknya berhubunglah dengan keluarga dan sahabat baik sebagai tempat bergantung jika berlaku sebarang kecemasan. Diingatkan segala aib rumah tangga masih perlu dijaga kerana kebanyakan campur tangan keluarga boleh menutup jalan perdamaian.

Foto – AskOpinion

# Cuba untuk belajar tentang sikap pemarah suami dan kelakuannya. Aturkan sempadan antara kamu dan suami supaya dapat mengelakkan dari membuka pekuk amarahnya.

Namun jika suami terus untuk memukul anda sehingga menjejaskan kesihatan dan mental,  

Langkah terakhir…

# Ambil gambar kecederaan yang dialami sebagai bukti.

# Lakukan laporan polis dan minta untuk membuka kertas siasatan serta memohon Perintah Perlindungan Sementara.

# Dapatkan pemeriksaan doktor dari hospital kerajaan dan pastikan anda terima laporan perubatan yang penuh.

Foto – Truth Code

# Jika perlu, rujuk kes ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan perlindungan. 

# Buat keputusan yang tepat untuk berdamai (beri peluang) atau berpisah dengan cara yang baik. 

Sila pilih hidup untuk sayang diri anda dahulu…

RUJUKAN 1, 2, 3 & 4

Komen Anda