Anwar Hadid.
Tiba-tiba namanya menjadi spotlight setiap media dan paparazzi selepas video “mesranya” bersama Kendall Jenner selama dua jam tular di media sosial. Menurut TMZ, Anwar dan Kendall ditangkap bercumbuan selama beberapa jam pada 4 Jun lalu. Keadaan ini boleh dianggap mengejutkan memandangkan Kendall adalah BFF Gigi dan Bella, lagi satu Kendall masih lagi terikat dengan Ben Simmons.
https://www.instagram.com/p/BLJ-t64B40u/?utm_source=ig_embed
Jadi, apa yang anda ingin tahu tentang anak muda belasan tahun ini selain dia adik Gigi dan Bella?
Remaja Biasa
Anwar Mohamed Gerard Hadid, 18, dibesarkan oleh ibu dan ayahnya ( Yolanda dan Mohamed Hadid) di sebuah ladang di Santa Barbara. Selepas itu berpindah ke Malibu ketika dia berada di sekolah rendah. Seperti remaja lelaki lain, Anwar masih lagi bersekolah di Malibu High School dan menggemari sukan bola sepak.
Anak Mak
Sangat rapat dengan ibunya, Yolanda sehingga digelar mommy’s boy. Lihat sahaja ucapan hari jadi kepada ibunya di Instagram, paling sweet dan menunjukkan bertapa Anwar menghormati dan sayang ibunya.
https://www.instagram.com/p/Bd0ec9HhVqj/?utm_source=ig_embed
“Saya selesa dikelilingi kawan perempuan kerana saya dibesarkan dengan dua orang kakak dan seorang ibu tunggal. Saya merasa sangat bertuah kerana mereka telah banyak mengajar saya,” kata Anwar.
Manja Dengan Bella & Gigi
Anwar adalah adik kepada Gigi dan Bella, satu-satunya adik lelaki bongsu jadi sudah tentu mereka rapat sehinggakan kerap keluar bersama-sama.
Penghidap Lyme Disease
Ya. Sama seperti Bella dan Yolanda Hadid, Anwar juga merupakan penghidap penyakit Lyme. Disahkan sendiri oleh Yolanda dalam satu episod rancangan realiti Real Housewives.
“Anugerah ini adalah untuk Anwar dan Bella. Saya tidak akan membenarkan kamu menderita disebabkan penyakit ini. Saya akan berusaha untuk mendapatkan penawar supaya kamu dapat menjalani hidup sihat yang sepatutnya.”
Penyakit Lyme disebabkan oleh jangkitan bakteria dan menyebar ke manusia melalui kutu tanah. Kutu ini biasanya wujud di hutan atau semak dan memakan darah binatang serta manusia. Lyme mempunyai gejala sakit kepala, sakit belakang, sejuk dan keletihan.
Model Profesional
Sama seperti kakaknya, Anwar adalah model profesional. Selain berjalan di minggu fesyen, dia juga banyak kali menjadi muka depan untuk beberapa majalah besar seperti Vogue.
https://www.instagram.com/p/Ba4l3gJBV47/?utm_source=ig_embed
“Sebenarnya saya langsung tidak terfikir untuk memasuki bidang ini tetapi ibu mahu saya mencuba dan memperluaskan lagi kelompok yang ada,” kata Anwar.
Pernah Bercinta Dengan Aktres Nicola Peltz
Kalau anda mengikuti Instagram Anwar Hadid dan Nicola Peltz, pasangan cinta monyet ini memang cukup terbuka berkongsi di public sehinggakan muncul video intim untuk Love Magazine. Lupa, aktres Nicola Peltz pernah membintangi filem mega hit Transformers: The Last Knight. Nampak macam biasa tengokkan…
Kerana episod main cinta Anwar dengan Kendall, baru-baru ini Anwar unfollowed Nicola di Instagram dan gadis itu juga melakukan perkara yang sama pada seluruh keluarga Hadid.
Bila dah terlalu rapat sangat, macam inilah jadinya, boleh pula kissing sesuka hati… Pelik!