Bila datang bab menonton cerita kartun pasti ia biasanya disasarkan kepada peminat cilik. Tapi tahukah anda filem animasi yang diperkenal oleh produksi gergasi seperti Disney, Pixar dan lain-lain banyak mengetengahkan kisah tauladan yang bersesuaian dengan masyarakat. Iyalah biasa cerita kartun beri kita gelak ketawa tapi berbeza dengan lima yang mempunyai jalan cerita nilai murni yang lebih baik dari drama televisyen.
Lima filem animasi yang penulis beri ini adalah antara yang pecah panggung dan membuat hati penulis menjadi hati tisu.
#1 Zootopia
Bukan kisah tentang kehidupan haiwan didalam zoo tapi ia berkisarkan tentang kehidupan majmuk haiwan didalam sebuah bandar. Perbezaan antara mangsa dan pemangsa berkonsepkan tentang kehidupan manusia yang juga majmuk dari pelbagai kaum, warna kulit dan budaya. Watak arnab comel, Judy Hoops ditonjolkan sebagai haiwan yang sering dipandang rendah tapi mampu mengubah presepsi tentang dirinya. Begitu juga tentang Nicke Wilde, musang yang sering dituduh menipu dalam segala hal.
#2 Coco
Air yang dicincang tak akan putus. Mengisahkan anak muda yang dilarang bermain muzik akibat dendam keluarga. Demi pencarian warisnya, Miguel telah mengembara kedalam dunia kematian disitu dia belajar perkara tentang hubungan keluarga walaupun pada mereka yang telah meninggal dunia. Filem yang menghiburkan ini sebenarnya mengajar kita tentang betapa penting untuk mengetahui asal-usul keluarga dan untuk tidak lupa pada mereka yang telah pergi.
#3 Ratatouille
Jujur penulis cakap filem ini paling tidak masuk akal! Mana ada tikus boleh masak dan menjalankan operasi membuka restoran. Mungkin pada mulanya anda turut merasakan begitu tapi intipati kisah tikus ini ialah tentang bakat memasak adalah suatu yang luar biasa dan tidak semua orang memilikinya. Malah ia berkait tentang sikap mengkritik terhadap makanan dan sifat peribadi seseorang. Menariknya filem ini juga mengambil kisah sebenar seorang chef yang membunuh diri kerana tidak dapat menerima restorannya akan kehilangan status 3 bintang.
#4 The Good Dinosaur
Minit terakhir filem ini memang boleh buat air mata meleleh. Hubungan haiwan dan manusia sudah terjalin sejak dahulu lagi tapi berlainan dengan konsep filem comel ini, dinasour pula ditugaskan untuk menjaga manusia. Keakraban diantara Arlo dan Spot menjadikan suatu pengembaraan yang hebat apabila kedua-dua kehilangan keluarga. Filem ini mencetuskan tentang tali persahabatan dan kekeluargaan yang tak akan pernah padam.
#5 Big Hero 6
Selepas kematian abang kesayangan dalam satu tragedi ngeri, Hiro telah menjadi pendiam dan mudah berputus asa. Namun abangnya telah meninggalkan sebuah robot comel dan baik hati bernama Baymax. Disitu Hiro menggunakan kepakaran dalam bidang robotik menukar Baymax kepada robot pejuang. Mungkin kita tahu robot tidak punya perasaan belas kasihan atau apa sahaja seperti manusia, namun uniknya tentang Baymax program yang dijadikan oleh abang Hiro menjadikan ia sesuatu yang lebih bermakna. Scene ‘selamat tinggal’ filem ini akan buat anda semua sebak!
Jadi anda perlu berhenti menjadi sikap prejudis kepada rakan-rakan anda yang lebih suka menonton filem animasi berbanding real action. Selamat menonton!