Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, Sebab itulah wanita sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Tak kiralah sama ada wanita bujang ataupun yang telah berumahtangga. Kesempurnaaan kulit wajah mampu memberikan keyakinan yang tinggi bagi seseorang.
Seriring dengan perkembangan teknologi hebat, Jepun, antara negara pengeluar utama barangan kosmetik yang berkualiti dan mendapat kepercayaan pelanggan seluruh dunia. Mungkin kita biasa mendengar produk Korea, tetapi percayalah ada beberapa produk Jepun juga tidak kurang hebatnya malah dengan penggunaan berterusan, anda boleh mendapatkan kulit wajah idamana.
Ini antara yang the best!
DHC Deep Cleansing Oil
Pembersihan adalah ritual di Jepun, dan banyak wanita mengulangi proses itu dua atau tiga kali menggunakan cleansing oil pilihan. Menjadi pilihan beauty junkies, DHC Deep Cleansing Oil merupakan make-up remover terbaik untuk semua jenis kulit. Kaya dengan campuran minyak daun rosemary dan minyak zaitun, ia mampu menghilangkan solekan, kotoran dan minyak yang berlebihan tanpa membuat kulit berasa berminyak.
Baca: “Oil Cleansing Method”: Teknik Baru Hapus Jerawat Guna Minyak Ni Viral!
Kosé Sekkisei Emulsion
Bukan sahaja wanita Jepun malah orang kita juga menggemari rangkaian Kose Sekkisei. Rumusan ekstrak tiga serangkai – Ekstrak Biji Jelai, Ekstrak Anjalika dan Ekstrak Melohtria, bersama-sama berjanji untuk mencerahkan kulit, malah akan memudahkan bintik gelap dengan mengawal pengeluaran melanin kulit.
Senka Perfect Whip
Produk terlaris kerana harganya yang murah, Senka Perfect Whip berfungsi dengan baik untuk jenis kulit kering serta bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat. Ia mampu membersihkan dengan baik tanpa menghilangkan minyak semula jadi pada kulit. Bahkan, ia meninggalkan kulit anda dengan aroma yang menyenangkan dan rasa ringan.
Lululun Moisture Mask
Lululun Moisture Mask adalah topeng muka terlaris di Jepun. Ia menyerap dengan cepat dan membantu meninggalkan kulit lembut dan terhidrasi. Mengandungi 12 bahan pelembab, mampu meningkatkan keanjalan kulit, memberi kelembapan berpanjangan dan membuatkan kulit bersinar.
Biore Makeup Remover Wipes
Pengguna yang telah mencuba produk ini ternyata menyukai keberksanannya dalam membuang semua kesan mekap, termasuklah maskara kalis air, yang adakalanya sukar untuk dibersihkan walaupun dengan cleansing oil. Bahkan selepas dibersihkan, ia meninggalkan kulit terasa ringan, bersih dan terhidrat.
SK-II Facial Treatment Essence
Antara produk bestseller, SK-11 Facial Treatment Essence mengandungi 90% Pitera yang merupakan kandungan bahan ajaib dari air basuhan beras yang ditemui lebih 30 tahun dahulu dan sehingga kini masih kekal berkesan dan tidak berubah. Dalam tempoh dua minggu penggunaan, parut jerawat kan semakin berkurangan, kesan kedutan pada wajah semakin berkurang, tekstur kulit menjadi lebih halus, keanjalan kulit lebih bertambah dan menambahkan seri pada wajah. Kulit menjadi lebih jernih dan bersinar seperti kristal.
Kanebo Suisai Beauty Clear Powder Wash
Juga antara yang terbaik, tanpa sebarang tambahan warna dan wangian, produk ini berfungsi dengan baik bila diaplikasikan di wajah – terasa lebih lembut, bersih dan langsung tidak mengeringkan.
Kiss Me Heroine Make Long & Curl Mascara
Harganya murah dan ada di mana-mana drugstore. Formula ultra-black dengan ekstrak camomile langsung tidak mencair dan mencomotkan untuk jangka masa yang panjang walaupun berpeluh dan terkena air.
Original Baby Foot Peel
Produk pengelupasan yang terdiri daripada glycolic, lactic, dan salicylic acids menjadi pilihan ramai beauty junkies kerana keberkesanannya. Selepas penggunaan selama satu jam, anda keluarkan topen dan bilas dengan air. Dalam beberapa hari, anda dapat lihat bahagian luar kulit kasar terkopek dengan sendirinya. Cukup mengagumkan.
Jangan lupa dapatkan di pasaran.