Aidilfitri Jumaat ini, ternyata masih ada lagi individu yang tercari-cari baju raya. Maklumlah, memakai baju baru (baju yang paling baik kita miliki) itu kan sunnah Rasulullah s.a.w.
Dengan masa yang begitu singkat melihatkan lebaran akan jatuh pada Jumaat ini, Wanista kongsikan beberapa tips berguna cara bernas membeli-belah disaat akhir tetapi masih bisa kelihatan cantik secara keseluruhan!
Beli Secara Atas Talian
Seiring dengan gaya hidup moden masa kini, ramai menggunakan jalan pintas untuk membeli-belah menerusi alam maya sahaja. Alasannya, kerana lebih mudah mencari mengikut bajet dan dapat melihat keseluruhan pakaian menerusi katalog yang disediakan pihak gedung atas talian. Lebih mudah, transaksi pembayaran juga boleh dibayar menggunakan perbankan online atau Cash on Delivery (COD) sahaja!
Oh ya, kalau beli disaat-saat akhir ni pun banyak diskaun durian runtuh tau… lebih-lebih lagi apabila korang pergi ke bazaar-bazaar jualan awam seperti di sekitar Jalan TAR atau mana-mana uptown pada malam raya. Bila ramai penjual nak habiskan stok pada malam sebelum raya tu jadi, mereka juga akan beri tawaran seperti “Beli satu percuma satu”!
Beli Pakaian Yang Boleh Diguna Pakai Lama
Sila buat pilihan bijak sebelum membeli. Cari pakaian yang bisa dipakai berulang kali secara kreatif mungkin dari segi kualiti materialnya, dari segi reka bentuk dan warnanya. Cari juga pakaian yang mudah disuai padan secara versatile (mungkin baju kurung kedah boleh dipakai dengan kain untuk pergi beraya manakala dengan jeans untuk gaya santai yang kasual).
Tips yang penulis boleh kongsikan, beli pakaian yang punyai corak minimalis serta berasaskan warna-warna neutral. Dengan cara ini, mudah kamu nak padankan dengan pakaian sedia ada. Bayangkan kalau kamu beli baju yang sarat dengan rambu-ramba atau corak, mesti susah nak pakai untuk acara santai. Alamatnya lepas raya, baju tu terperuk dalam almari sebab terlalu glamor dan tak sesuai dipakai pada hari-hari biasa.
Sekarang dah faham konsep dan cara mencari baju raya di saat akhir? Jangan ketinggalan peluang mendapatkan gelang kesihatan pintar bernilai RM250 serta baucer Tesco RM50 bila menempah kad kredit Standard Chartered atau Citi menerusi www.bbazaar.my.
Selamat beramal! ❤